Friday, August 7, 2009

KAMI MENYOKONG CADANGAN KAWALAN JUALAN ARAK DI KAWASAN MAJORITI MUSLIM DI SELANGOR TETAPI KAMI KURANG SENANG DENGAN KEEGOAN DAN KESOMBONGAN HASSAN ALI




Sekali lagi PAS membuka ruang untuk UMNO/BN merobek robekkan Pakatan. Apa yang sedih adalah setiap kali "tangan tangan kaki robek" ini cuba "melingkupkan" Pakatan, maka akan muncullah "tangan tangan yang akan bertungkus lumus mempertahankan Pakatan".

Kebiasaannya, "tangan tangan yang akan bertungkus lumus mempertahankan Pakatan" ini adalah kelompok yang berfikir panjang dan kelompok yang mempertimbangkan "isu" daripada semua sudut.

Kali ini isu arak yang mewujudkan "sengketa" di antara Dr Hassan Ali dan Ronnie Liu telah menjadi peluru hidup yang ditembak bertalu talu ke arah tembok Pakatan yang masih dalam pembinaan itu.

Semuanya gara gara Dr Hassan Ali "menjual manual peluru" kepada UMNO/BN sehinggakan UMNO/BN dapat meng-upgrade peluru peluru yang mereka ada.

Pada aku, sebagai Muslim, wajib untuk kita berdiri di belakang sesiapa juga selagi mana mendatangkan faedah kepada Islam dan muslim.

Cadangan kawalan penjualan arak dan apa apa sahaja yang sespesis dengannya terutamanya di kawasan majoriti muslim adalah amat disokong oleh kita semua.

Namun, apa yang perlu kita perbincangkan adalah di manakah hilangnya "bil hikmah" dalam berdakwah? Kenapa tidak memilih jalan menerang? Kenapa memilih jalan berperang? Lebih memalukan apabila senjata kita dihalakan ke arah saudara kita walaupun saudara tiri berlainan ibu dan berlainan ayah?

Bukankah musuh akan tersenyum riang sambil menepuk tangan? Bukankah musuh akan menuangkan minyak ke atas api yang kecil supaya api itu terus marak dan membakar?

Contohnya, Pemuda PAS belum apa apa tetapi tak pasal pasal Pemuda UMNO menyatakan persetujuan untuk bersama sama dengan Pemuda PAS sekiranya Pemuda PAS ingin mengadakan demonstrasi menuntut perlucutan jawatan Ronnie Liu sebagai salah seorang Exco di Selangor.

Amatlah malang apabila pemimpin sebuah jemaah Islam seperti Dr Hassan Ali melupakan kaedah dakwah bil hikmah dan bil hal dan mengambil pendekatan bil maqal sebagai pendekatan utama.

InsyaAllah, kita amat memahami tuntutan tuntutan ahli bawahan PAS tetapi lupakah kita tentang sirah bagaimana Rasulullah saw mengIslamkan seorang Arab badwi?

Badwi itu bertemu dengan Rasulullah saw dan menyatakan niatnya untuk menganut Islam tetapi beliau juga menyatakan keengganan beliau untuk menunaikan rukun Islam yang kedua sehingga kelima.

Maknanya, beliau hanya mahu mengucapkan kalimah syahadah sahaja tetapi tidak mahu menunaikan solat, tidak mahu puasa, tidak mahu bayar zakat dan tidak mahu menunaikan haji.

Malah, beliau turut menyatakan kepada Rasulullah saw, "Ya Muhammad, aku tetap mahu minum arak, tetap mahu berzina, tetap mahu berjudi dan sukar bagiku untuk meninggalkan semua itu".

Apa jawapan Rasulullah saw kepada beliau?

"Kamu boleh sahaja meneruskan semua itu. Cuma, aku minta kamu tidak menipu dan berlaku jujur dalam hidupmu". Itu jawapan Rasulullah saw.

Akhirnya si Badwi tadi berfikir sendiri sewaktu dalan perjalanan pulang.

Adakah kita mahu mengatakan Rasulullah saw tidak "bersungguh" menyebarkan dakwah? Adakah kita mahu mengatakan Rasulullah saw "mengkhianati" rukun Islam yang 5 itu? Sudah tentu tidak, bukan?!!

Moralnya, bil hikmah. Bukan bil hukmi !!

Rasulullah saw menggunakan pendekatan bil hikmah sehinggalah Islam menjadi kuta dan mampan. Setelah kuat dan mampan, barulah Rasulullah saw menggunakan dakwah bil hukmi.

Dr Hassan Ali wajib menyedari bahawa beliau berada di Selangor dan bukannya di Terengganu.

Sesungguhnya dakwah bil hikmah adalah lebih bersesuaian dan bertepatan dengan waqi' di Selangor.

Kenapa tidak menyelesaikan menerusi perjumpaan empat mata dengan Ronnie Liu? Kenapa tidak meminta YAB MB menjadi orang tengah? Kenapa dan banyak lagi kenapa yang perlu dijawab oleh Dr Hassan Ali.

Jawablah....

Nota : Apa apa pun, tahniah buat Dr Hassan Ali kerana mampu bersuara walaupun not at the right time and not at the right place.

Bagaimana jika ahli bawahan PAS di Selangor memanggil sidang media menuntut Presiden PAS menggugurkan Dr Hassan Ali dari amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor atas alasan banyak cawangan gagal hidup kerana kekangan kekangan dari Pesuruhjaya PAS Selangor?

Tentu tidak manis, bukan?

No comments:

Post a Comment