Saturday, August 1, 2009

NIKMATNYA BERDEMONSTRASI.....





Alhamdulillah aku dan anak anak usrah selamat sampai ke rumah. Walaupun letih bercampur perit tetapi kami puas kerana dapat bersama sama dengan rakan rakan pelbagai bangsa menyuarakan rasa hati membantah akta zalim ISA.

Mula mula kami di Masjid Jamek. Turun dari lrt jer polis dah tunggu. Aku pakai baju sukan warna merah. Ok jer. Tapi si Azam kena gertak dengan polis pulak. Pucat muka dia.

Polis halau orang ramai yang berkumpul di area Masjid Jamek tetapi kami semua telah diselamatkan oleh laungan azan Zohor. Suka tak suka polis terpaksa izinkan orang ramai untuk tunaikan solat Zohor.

Selesai solat Zohor, orang ramai berkumpul semula di area lrt station. Kali ini lebih ramai dari sebelum Zohor.

Polis pun bertambah jumlahnya. Macam macam jenis polis ada. Semuanya muka macam gampang.

Ada pimpinan berucap di kaki lima tetapi aku tak dapat nak pastikan siapa kerana halangan polis.

Polis terus melakukan penangkapan sebaik sahaja kiraan 1 2 3 selesai. Sahabat sekalian boleh tengok gambar yang ada nih.


Nilaikan sendiri betapa "mesra"nya polis polis jahanam nih. Kesian pakcik nih...

Kemudian kami "dijamu" pula dengan hidangan gas pemedih mata yang sangat "enak" itu.

Naik berjerubu lrt Masjid Jamek. Memang kejam FRU lahanat nih.....

Kami kemudiannya di halau ke SOGO. Waktu kami sampai di SOGO, dah ramai rakan rakan berkumpul di sana. Kumpulan besar kami dapat bercantum dengan kumpulan besar yang telah sedia berada di SOGO.

Polis telah membedil kami dengan gas pemedih mata berulang kali tanpa sebarang amaran. Di sini aku bertembung dengan Ustaz Idris Ahmad dan YB Zuraidah Ampang. Mereka pun 'terseksa" macam kami juga.

Waktu kami tengah agih-agihkan garam kepada rakan rakan demonstrator, sekali polis memberikan "layanan gas pemedih mata" kepada kami. Sekali lagi orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri.

Selepas keadaan kembali normal, kami sekali lagi membentuk kumpulan besar untuk terus berarak ke depan SOGO. Kali nih polis memberikan laluan kepada kami.

Ramai yang menitiskan air mata apabila terperasan sebuah blackmaria yang mengurung beberapa orang anggota Unit Amal yang telah ditahan sebelum kami sampai. Aku tak dapat nak tahan perasaan apabila tanganku menggenggam erat tangan anggota Unit Amal tersebut.

Polis mengizinkan kami berhimpun lebih kurang setengah jam di sebelah KFC Kompleks Pertama. Beberapa orang pimpinan telah berucap. Antaranya YB Salahuddin, YB Tian Chua dan Tuan Syed Kamaruddin yang mewakili GMI.

Sebaik sahaja selesai ucapan pimpinan, anggota Unit Amal telah menyusun barisan untuk berarak ke Istana Negara.

Tak pasal pasal trak FRU simbah kami dengan air sejuk. Terkejut dan "best" gak. Puas gak berlari menyelamatkan diri. Trak FRU tu kejar kami ala ala main game di komputer. Kelakar pulak rasanya.

Ada wartawan Cina kata kat aku - Abang, u boleh kurus kalau selalu macam nih. Binawe betul saudara kita nih.

Dalam dok lari tu, aku bertembung dengan Zul dan Kamaruzzaman. Mereka pun menderita macam kami gak.

Lari punya lari, sedar tak sedar, kami sampai di Maju Junction. Bertemu pula dengan YB Ustaz Zaki Kelaboran dan Hj Rahim Bukit Gantang. Menderita juga. YB Ustaz Zaki basah kuyup.

Kami sekali lagi bergerak ke SOGO melalui jalan depan kedai nasi kandar teratai. Memang malang rupanya. FRU sekali lagi "bermesra" dengan kami. Pedih giler mata aku kali nih. Ramai ramai basuh muka di kolam air pancut depan Maju Junction.

Then, muncul YB Dr Hatta. Dia mengepalai kami berarak beramai ramai ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Ramai pimpinan telah berada di sana. Ada DSAI, LKS dan TGHH. Pimpinan dan kami dapat sedikit keselesaan di situ walaupun terpaksa duduk di atas jalanraya.

Trak FRU yang sepatutnya "menyiram" kami pula tersangkut dalam kesesakan akibat kami "bersantai" di atas jalanraya. Aman dan bangga giler bila tengok trak tu gagal "menyeksa" orang ramai.

Bertembung pula dengan Afnan Hamimi anak YB Ustaz Taib Azamuddin. Dia main hoki dengan aku dulu.

Then, jumpa pula dengan idola aku - Abang Mad. Sempat gak bergambar walaupun kepala dah mula pening.

Dah tak tau nak cerita apa dah nih sebenarnya. Polis kejam sangat.

Nota : Demo PPSMI lebih "menyeronokkan" berbanding demo GMI. Lebih umph.......

2 comments:

  1. Zahirnya nampak menderita
    Tetapi sebenarnya peserta enjoy & suka
    Biar apa pun
    Kezaliman BN makin terserlah
    Dihujung2 kuasanya...
    Lawan tetap lawan
    Sampai BN turun...

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Ana tak akan stop walaupun BN dah turun.

    Ana hanya akan stop selepas BN terutamanya UMNO dikuburkan.

    ReplyDelete