Friday, August 7, 2009

BERSUARALAH DEMI UMMAH WAHAI TOK GURU YANG DIKASIHI - KAMI DALAM KEKELIRUAN



Oleh : Sifuyus

Banyak isu yang seminggu dua ini menyentuh sensitiviti umat Islam.Kita amat berharap kepimpinan PAS iaitu Tuan Guru Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz bersuara tentang isu ini.


Saya masih ingat lagi akan prinsip perjuangan PAS yang mengatakan bahawa mereka meletakkan dakwah sebagai tunjang utama perjuangan mereka dengan menjadikan politik sebagai landasannya.

Kini banyak isu yang kadangkala menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam oleh parti DAP dan PKR. Soalnya mengapakah setiap isu besar tersebut, TGHA dan TGNA mendiamkan diri.

Saya amat berharap kedua-dua tokoh ini dapat bersuara agar suasana kusut tersebut dapat dilerai.Jika media tempatan tidak mahu menyiarnya, kita punya harakah, tv PaS DAN Siasah sebagai medium kita.

Tegurlah supaya mereka tahu jika berkaitan dengan soal agama kita tidak bertoleransi. Kami berharap dengan teguran dan penjelasan akan memberikan pemahaman kepada bangsa lain.

2 comments:

  1. aku minat blog lu..aku setuju pendapat kau..

    nampak nye kite same perjuangan..salam bloger dari aku..

    ReplyDelete