Friday, July 10, 2009

PENIAGA IKAN JAUH LEBIH MULIA BERBANDING MENTERI UMNO/BN




Selepas solat Asar petang tadi, satu himpunan pemborong dan penjaja ikan negeri Kelantan yang turut disertai oleh wakil dari negeri Kedah telah diadakan di Kg Laloh. Mereka menyatakan rasa syukur dan menyokong penuh wakil mereka yang dipilih menjadi calon PAS PRK DUN Manek Urai.

Mereka juga menyatakan keterkilanan mereka terhadap penghinaan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin terhadap kerjaya mereka.

Turut hadir bagi mendengar luahan perasaan mereka adalah TG Hj Nik Aziz, calon PAS, Hj Hussam dan Dr Hatta. Turut memberikan ucapan sebagai tanda sokongan kepada calon rakan mereka ialah Saudara Zulkifli Bidin iaitu Pengerusi Peniaga dan Penjaja Ikan Negeri Kedah dan Saudara Tarmizi Salleh Pengerusi Pemborong dan Penjaja Ikan Negeri Kelantan.









TG Hj Nik Aziz turut memberikan ucapan dan terima kasih kepada penyokong Abe Uji dari yang terdiri daripada pemborong dan penjaja ikan Kelantan



Saudara Zulkifli Bidin Pengerusi Peniaga dan Penjaja Ikan Negeri Kedah



Saudara Tarmizi Salleh Pengerusi Pemborong dan Penjaja Ikan Negeri Kelantan



Abe Uji calon Pas…sebak semasa memberi ucapan, kerana sokongan dari rakan rakan nya……..

SUMBER : www.pakatanblogger.blogspot.com

3 comments:

  1. Salam...
    UMNO sengaja mencari nahas... mereka sangka kumpulan mereka saja yang baik... Satu isu yang cukup baik buat PAS...

    ReplyDelete
  2. semuga ALLAH MEMENANGKAN PAS

    ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR

    ReplyDelete