Wednesday, July 8, 2009

ALHAMDULILLAH NASARUDDIN SUDAH SEDAR DARI MIMPI



Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam kenyataannya hari ini melahirkan rasa bimbangnya atas tekanan terhadap umat Islam di Xinjiang, China.

Beliau menggesa Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang baru saja mengadakan lawatannya ke China, menjelaskan secara terperinci situasi ummat Islam yang berada di Wilayah Xinjiang, khususnya di kawasan Urumqi.

Menurut Nasharudin, perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China.

Katanya lagi, pergeseran ini telah menyebabkan sehingga beratus orang terkorban dan lebih seribu orang ditangkap oleh pihak berkuasa China sungguh membimbangkan.

"Dalam hal ini, sebagai parti yang mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan umatnya, kami meminta Perdana Menteri memaklumkan keadaan keselamatan masyarakat Islam Malaysia yang menetap di sana, sekiranya ada," kata Nasharudin dalam kenyataannya. Menurut maklumat yang diterima, pihak berkuasa komunis China mengawal ketat semua sumber berita di negara berkenaan, agensi media asing melaporkan pertelingkahan kaum telah dicetuskan oleh puak pemisah Islam Uighur bersenjatakan pisau dan kayu belantan sehingga membabitkan sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh dan kira-kira hampir 1,000 orang tercedera.


Malah, pihak polis China juga sedang menjalankan operasi menangkap secara besar-besaran suspek rusuhan sekitar 1,500 orang, kebanyakannya kaum Uighur yang dikatatan menjadi punca rusuhan berlaku.

Katanya lagi, "Selaras dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke China pada bulan Jun lalu dengan maksud memperluaskan hubungan Malaysia-China, menyambung tradisi yang pernah dilakukan oleh Allahyraham Tun Abdul Razak sebelum ini, Dato’ Seri Najib bertanggungjawab memberikan penjelasan di Parlimen jika boleh, rusuhan yang telah membunuh dan mencederakan umat Islam di Xinjiang yang mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia."

Sehubungan itu, kata Nasharudin, kerajaan perlu menilai semula hubungan diplomatiknya dengan China jika China tidak dapat menjelaskan kedudukan yang sebenarnya termasuklah memanggil Duta China untuk memberikan penjelasan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia.


Jelasnya, "Konsep “One Malaysia” Dato Seri Najib yang menghimpunkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia tidak akan menjadi realiti dan hanya retorik politik sahaja jika beliau tidak dapat memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di Xinjiang pada masa kini."

No comments:

Post a Comment