Aku jumpa artikel nih dalam blog Dr Hamirdin. Mula mula tu antara baca dengan tak baca jer. Sekadar jeling jeling jer.
Few minutes later, aku cari semula artikel nih. Aku teliti betul betul. Tak semena mena aku jadi "panas". Aku bukan ta'sub kepada TG Hj Nik Aziz tetapi aku tak redha dan tak rela beliau disakiti oleh sesaper sahaja.
Seperti yang aku sering sebut sebelum nih, jika orang lain keberatan untuk mempertahankan TG Hj Nik Aziz dan seperti tidak kisah sekiranya beliau diserang dan dihina walaupun meluru mencium tangan TG Hj Nik Aziz sekiranya bertemu muka, maka biarlah kami bloggers yang pernah dilabelkan sebagai "nyamuk" ini yang mempertahankan beliau.
Semoga apa yang kami lakukan ini ada nilainya di sisi Allah swt dan mampu menyelamatkan kami di Mahsyar nanti.
Ini artikel yang aku maksudkan. Yang warna biru tu hujah beliau dan yang merah tu jawapan aku. Semoga ada manfaat kepada kita bersama. InsyaAllah.
NIK AZIZ UMPAMA KETAM YANG MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL - "Ustaz" Mohd Afandy Yusof
Menjelang PRK DUN Bagan Pinang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan saranan kepada jentera parti supaya tidak bertindak kasar, serta tidak menggunakan kata-kata kesat semasa berkempen atau berceramah.
Dan inilah yang berlaku setiap kali tiba pilihanraya, namun apa yang berlaku sebaliknya. Contohnya di DUN Manek Urai, nasihat seumpama itu dikeluarkan Nik Aziz, tetapi akhirnya beliau sendiri mengeluarkan tuduhan dan kecaman bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga, Umno komunis, penyokong Umno ajaran sesat Ayah Pin, secular dan sebagainya.
Perbuatan Nik Aziz ini ibarat “ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”. Sebagai seorang yang menggelarkan dirinya ulamak atau Tok Guru tidak sepatutnya bersikap demikian.
Kalaulah Nik Aziz mengatakan perjuangan PAS adalah mengikut sunnah Rasulullah, adakah pernah Rasulullah menggunakan kaedah serangan peribadi sesame Muslim? Bahkan Rasulullah dengan terang menyebut dalam sabdanya: “Sesiapa yang menutup keaiban saudara seIslamnya didunia, maka Allah akan tutup keaibannya diakhirat nanti.”
Peringatan yang dibuat oleh TG Hj Nik Aziz itu merupakan peringatan kepada semua pihak. Namun, oleh kerana TG Hj Nik Aziz adalah Mursyid al-'Am PAS, maka umum menganggap bahawa peringatan itu hanya untuk penyokong PAS sahaja.
Berkaitan "tuduhan" yang dilemparkan oleh TG Hj Nik Aziz kepada UMNO, itu juga satu perkara yang diperhalusi secara jujur oleh semua pihak supaya tidak ada mana mana pihak pun yang akan berhujah secara dangkal dan separuh masak seperti "Ustaz" UMNO ini.
Persoalan :
Layakkah untuk ke syurga jika mengambil al-Quran itu separuh dan meninggalkan separuh yang lain? Bukankah menolak satu huruf pun sudah dianggap jatuh syahadahnya? Jadi, apakah pula hukumnya jika menolak beberapa sistem yang telah ditetapkan oleh Allah swt di dalam al-Quran?
Bukankah munafiq jadinya? Bukankah fasiq jadinya? Bukankah murtad jadinya? Semuanya bergantung kepada sejauh mana penolakan tersebut.
Jadi, apa beza di antara komunis dan UMNO dalam konteks kedua duanya mengagungkan dunia dan melupakan kewujudan Allah swt? Takde beza, kan?
Jadi, apa beza di antara pengikut Ayah Pin yang memuja Ayah Pin sebagai Tuhan dengan penyokong UMNO tertentu yang bermatian matian mempertahankan "sabdaan sabdaan" pemimpin UMNO? Bukankah itu juga membawa maksud memuja walaupun tiada sebarang upacara pemujaan dilakukan? Takde beza, kan?
Sekular secara umumnya memisahkan agama daripada sistem kehidupan dan mengekalkan agama itu dalam bentuk ritual sahaja. UMNO juga begitu, kan?
Islam hanya dijadikan "doa" pembuka majlis. Islam hanya dipraktikkan ketika nikah kahwin. Islam hanya dipraktikkan ketika ada kematian. Islam hanya di masjid masjid. Itu sahaja. Sedangkan perlaksanaan sesuatu perkara itu jauh sekali daripada sistem panduan yang digariskan di dalam al-Quran.
Bukankah itu membawa erti pemisahan Islam dan sistem kehidupan manusia? Bukankah itu sekular namanya? Dan bukankah UMNO mempraktikkan sedemikian? Jadi, apa bezanya di antara UMNO dan sekular? Sama sahaja, kan?
Jadi, berbalik kita kepada persoalan “tuduhan” yang dibangkitkan oleh “Ustaz” UMNO tersebut.
Apa yang dinyatakan oleh TG Hj Nik Aziz itu suatu tuduhan atau suatu hakikat? Saya menasihatkan “Ustaz” UMNO terbabit mengaji sampai khatam hukum umpat supaya beliau faham sungguh sungguh hukum tersebut.
Menyebut sesuatu keburukan itu, cara sebagai mana yang dibolehkan. Mendedahkan keburukan itu, atas alasan apa yang dibolehkan. Beliau juga wajib faham sungguh sungguh apa erti “muhkamat” dan “mutasyabihat” supaya beliau tidak menghuraikan ilmu berdasarkan pembacaan tetapi menghuraikan ilmu menerusi kefahaman.
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh PAS, menggambarkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam mengajar umatnya bergaduh sesame sendiri, betapa buruk gambaran yang diberi khususnya dalam soal perebutan kuasa, menyebabkan orang-orang yang berminat atau bercita untuk memeluk agama Islam, tertanya-tanya, inikah ajaran yang dibawa oleh Islam? Yang lebih menghairankan golongan ini ialah, orang Islam Umno yang seagama diserang habis-habisan, manakala orang kafir DAP dipuji dan dipertahankan secukupnya.
Hal ini bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al Fath ayat 29 : “Muhammad Rasulullah, dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesame mereka (Islam).”
“Ustaz” UMNO ini mungkin “mabuk menulis” apabila tulisannya di atas amat ketara kelihatan beliau seperti meludah ke langit dan kahak yang diludahnya itu bertempek di mukanya sendiri.
Yang bergaduh atau samseng itu PAS atau UMNO? Yang berebut kuasa itu PAS atau UMNO? Yang menjauhkan masyarakat bukan Islam dengan Islam itu PAS atau UMNO? Nah, jilatlah ludah dan kahak sendiri.
Islam mengajar kita membela kebenaran dan menentang kezaliman. Bukan soal sebangsa atau seagama. Soalnya, kebenaran wajib ditegakkan dan semua golongan dijamin haknya oleh Islam walau golongan bukan Islam sekalipun.
Jadi, tidak timbul UMNO diperangi habis-habisan manakala DAP dipertahankan sepenuh hati.
Yang sebenarnya, lebih wajar bagi kita untuk memerangi golongan munafiq berbanding orang kafir kerana munafiq adalah musuh Islam manakala orang kafir pula terbahagi kepada dua golongan iaitu harbi dan zimmi.
Harbi bererti kelompok bukan Islam yang memusuhi Islam manakala zimmi pula kelompok bukan Islam yang bersama Islam walaupun mereka kekal dengan anutan agama mereka.
Soalnya, adakah DAP itu harbi dan adakah UMNO itu Islam? Itu sajer. Aku tidak bercadang untuk berhujah dalam bab ini kerana aku tidak yakin diriku mampu bersabar dengan UMNO jika topik ini dibincangkan secara telus.
Amat jelas dan terang benderang hukum Allah didalam al Quran, sepatutnya menurut ayat ini, PAS lebih utama bersama dengan umat Islam Umno daripada bersekongkol dengan orang kafir yang menentang agama Allah dan Rasulullahnya seperti DAP, lebih-lebih lagi membela dan mempertahankan setiap kebatilan yang dilakukan oleh DAP, seperti isu mempertikaikan azan, skandal seks Exco, menghina agama Islam, menghina sultan, menghalang jualan arak kepada orang Islam dan sebagainya.
Ayat al-Quran yang dijadikan hujah oleh “Ustaz” UMNO ini bukanlah semudah itu untuk ditafsirkan. Yang diutarakan oleh “Ustaz” UMNO itu hanyalah dalam bentuk terjemahannya sahaja. Wajib difahami bahawa terjemahan dan tafsiran adalah dua perkara yang berbeza walaupun ia adalah satu perkara yang sama.
Untuk mentafsir ayat ayat al-Quran, si pentafsir wajib memiliki ilmu nahu dan balaghah yang mantap dan jitu.
Untuk pengetahuan semua, ketika di Mu’tah dulu, “Ustaz” UMNO yang bernama Mohd Afandy Yusof ini lulus pengajian pun atas belas ehsan pensyarah. Sebab itulah beliau menganggur beberapa tahun sebelum dipungut oleh UMNO dan proksinya.
Berbalik kepada pentafsiran ayat tadi. “Bertegas dengan orang orang kafir “ itu membawa erti bertegas dengan golongan bukan Islam atau bertegas dengan golongan penentang Islam?
Jika membawa erti bertegas dengan golongan bukan Islam, maka salahlah Abu Bakar ra masih meneruskan perdamaian dengan beberapa kabilah kecil Arab yang masih dengan anutan lama mereka walaupun mereka tunduk kepada pemerintahan Islam.
Tafsiran yang kedua iaitu bertegas dengan golongan penentang Islam itu lebih sesuai digunapakai kerana bukankah Islam menjamin hak semua golongan secara adil termasuk golongan bukan Islam dan Islam tidak mengajar kita untuk bertegas membuta tuli kerana jika kita betegas membuta tuli, maka kita sebenarnya telah menjadikan Islam itu bersifat menindas. Kaitkan juga tafsiran ini dengan petikan ayat laa ikraha fi-ddeen”.
Kita renung pula penegasan kedua yang disebutkan dalam ayat tersebut iaitu “berkasih sayang sesama mereka (Islam)”.
Frasa “mereka” itu membawa erti hanya penganut Islam sahaja atau termasuk juga kelompok zimmi? Penganut Islam itu pula membawa erti kelompok yang pernah mengucapkan kalimah syhadah atau kelompok yang tunduk dan patuh sepenuhnya kepada sistem yang dianjurkan oleh Islam?
Jika membawa erti penganut Islam sahaja, maka kejamlah Islam kerana berlaku tidak adil kepada kelompok bukan Islam yang tunduk kepada Islam atau bersangka baik dengan Islam walaupun tidak menganut Islam.
Jika membawa erti penganut Islam dam kelompok zimmi, maka terserlahlah keadilan dan kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam.
Jika “penganut Islam” itu pula membawa erti golongan yang pernah mengucapkan kalimah syahadah, maka salahlah tindakan Aku Bakar ra memerangi golongan yang enggan membayar zakat selepas wafatnya Rasulullah saw.
Jika “penganut Islam” itu membawa erti kelompok yang tunduk dan patuh sepenuhnya kepada sistem yang dianjurkan oleh Islam, maka UMNO bukanlah termasuk dalam kelompok ini. Buktinya, tutup aurat itu wajib tetapi UMNO buat buat bangang dengannya.
Berpelukan dengan DAP itu tidak berdosa tetapi mendedahkan aurat itu hukumnya berdosa. Sukar sangatkah untuk “Ustaz” UMNO ini memahami soal ini? Atau, hatinya tetap busuk sebusuk hatinya ketika di Jordan dulu?
Isu DAP pertikai azan, benarkah DAP mempertikaikan azan? Atau, sekadar manipulasi media atas arahan otak otak munafiq yang ada dalam UMNO? Jika benar DAP mempertikaikan azan, jika benar, dan salahlah PAS untuk berbaik baik dengan DAP atas alasan itu, maka bagaimana pula dengan insiden seorang wanita besi Gerakan di Pulau Pinang menghalang azan Subuh di Sungai Nibong Pulau Pinang suatu ketika dulu? Tidak menjadi kesalahankah untuk UMNO terus menerus berbai’ah dengan Gerakan? Atau, mungkin “Ustaz” UMNO ini buta sejarah seperti mana butanya hatinya?
Isu skandal seks Exco, jika menjadi kesalahan bagi PAS untuk berbai’ah dengan kelompok bukan Islam kerana kes gambar bogel Eli Wong, maka bagaimana pula dengan gelagat Norhayati Oon yang merupakan seorang Senator dan seorang ahli UMNO itu? Adakah “Ustaz” UMNO yang dungu sedungu batu nesan ini mahu mengatakan haram berskandal itu hanya kepada ahli Pakatan dan ahli UMNO pula dihalalkan untuk berskandal?
Isu menghina Islam dan menghina Sultan, buktikan DAP menghina Islam. Jangan buat tuduhan secara rambang begitu sahaja.
Jika DAP benar benar menghina Islam, apa yang nak dihairankan kerana mereka bukan Islam. Bukan niat di hati untuk mengatakan kami tidak kisah dengan tindakan itu tetapi apa yang lebih menghairankan kami adalah UMNO yang mengaku sebagai sebuah “parti Islam sebenar” itu pun turut menghina dan memperlekehkan Islam.
Renungkan semula percakapan Mahathir dan Hamid Othman tentang hudud satu ketika dulu.Perhatikan pula gelagat Rosmah, Rafidah, Shahrizat dan ramai lagi Wanita dan Puteri UMNO yang ke hulu ke hilir tanpa menutup aurat. Bukankah itu juga menghina dan memperlekehkan hukum Islam?
Kenapa “Ustaz” UMNO yang bernama Mohd Afamdy Yusof ini tidak bersuara? Jawapannya, mudah. Kerana beliau bukan mahu menegakkan hukum tetapi niat beliau adalah untuk menjilat punggong pemimpin yang menjadi tuan tuannya.
Dalam sejarah Islam, tiada sebarang nas yang membenarkan umat Islam menyerang sesame Islam, namun berbagai perbuatan jahiliyah seperti kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, hina menghina dilakukan oleh pemimpin PAS dengan kebenaran daripada Nik Aziz, siapa yang akan menanggung dosa perbuatan jahiliyah PAS ini, kalau bukan Nik Aziz yang memimpin jemaah PAS?
Cara menegur atau menasihati itu mestilah secara yang berhemah dan sesuai dengan tempat dan suasananya. Itu membawa erti kebijaksanaan dalam berdakwah.
Ada kelompok yang kita perlu menegur mereka secara pujuk rayu, maka tidak bijaksanalah untuk kita berkeras dengan kelompok ini.
Ada kelompok yang kita perlu menegur mereka dengan meninggikan suara, maka tidak bijaksanalah untuk kita tersenyum simpul dengan kelompok ini.
Ada kelompok yang kita perlu menegur mereka dengan kutukan dan penghinaan, maka tidak bijaksanalah untuk kita memuji dan memuja mereka kerana mereka ini hanya faham bahasa kutukan dan penghinaan sahaja.
Asasnya adalah cara bagaimana Rasulullah saw bersabar dengan karenah Yahudi dan munafiq di Madinah serta bagaimana Allah swt menempelak Abu Lahab di dalam al-Quran. Dua perkara ini merupakan rujukan asas dalam tatacara menegur iaitu menegur itu harus sesuai dengan kesalahan yang dilakukan serta harus sesuai dengan sasaran dan tempatnya.
Jika benar PAS menjadikan Islam sebagai model perjuangan, maka ambillah Islam itu keseluruhannya, jangan ambil separuh dan tinggalkan separuh, mana-mana hukum yang dirasakan perlu, maka Islam digunapakai, yang tidak perlu disimpan didalam laci. Perkara ini telah ditanya oleh Allah SWT kepada kaum Yahudi dalam surah al Baqarah : “Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab, dan meningggal / mengkufurkan sebahagian yang lain lagi?” — pemudaumno.org
Sekali lagi “Ustaz” UMNO ini “mabuk menulis” sehinggakan beliau sekali lagi tersalah arah dalam menasihati. Sepatutnya “nasihat” beliau ini wajar disuarakan kepada partinya sendiri iaitu UMNO dan bukannya PAS.
Inilah akibatnya jika seorang murid mengkhianati amanah gurunya. “Ustaz” Umno yang bernama Mohd Afandy Yusof ini mungkin terlupa pesan dan amanah gurunya ketika di Mu’tah dulu yang menitipkan amanah supaya setiap muridnya menyertai jemaah Islam di tanahair masing masing.
“Ustaz” Mohd Afandy Yusof telah mengkhianati dan telah melupakan amanah itu.
Tapi, rasanya beliau tidak pernah lupa siapa Syeikh Mustafa Abu Zaid seperti mana juga beliau tidak pernah lupa tentang rakan rakan serumahnya di Bait Kubur.
Mohd Afandy Yusof - dia nie bukannya ustaz tapi BARUA + DAJER + SIYER semua amik kat hg.
ReplyDeleteBarua nie nak publisiti murahan ja.
Dia banyak kali mamat nih melacurkan dirinya demi publisiti murahan yang didambakannya.
ReplyDeleteDi Manek Urai dulu pun begitu juga.
aku dgn puak2 nie bebulu betoi la, memang cukup celaka puak2 UMNO haram jadah nie.
ReplyDeleteJenis pencacai laknatullah memang gitu ler sikapnya,manusia jenis tak de pendirian dan tak reti ajaran agama.
ReplyDeleteBelajar agama semata-mata untuk menghina Islam,tarafnya sama macam orang yahudi yang mendalami Islam untuk menyerang Islam.
bukan setakat ahli pas, pemuda umno cawangan-cawangan dalam bhg rp pun dah meluat dengan si fendi belut ni. kalau berlawan dalam persidangan mesti kalah punya. itulah sebabnya disembelih si fauzi omar awal2 lagi.
ReplyDeleteThen why u all tak tendang dia keluar jer dari UMNO Rantau Panjang?
ReplyDelete