Hati jadi sayu dan pilu apabila membaca "rasa hati" al-Bakistani tentang almarhum TG Hj Fadhil Nor dan TG Hj Nik Aziz.
Aku memang sensitif tentang hal hal sebegini. Aku sertai PAS secara rasmi kerana keterbukaan dan "sikap ayah" almarhum TG Hj Fadhil Nor.
Aku "follow" segala gala berkaitan almarhum. Bermula daripada mencari kaset-kaset ceramah almarhum sehinggalah membeli ratusan CD ceramah beliau.
Aku kumpul segala gambar yang merakamkan wajah beliau. Sehinggalah Allah swt membuka ruang untuk aku kenal beliau secara dekat.
Aku simpan sampai hari nih nasihat beliau kepada aku yang ditulis tangan oleh beliau pada sehelai kertas. Aku minta beliau tuliskan nasihat ini ketika muktamar terakhir yang beliau bersama kita sebelum beliau kembali kepada Allah swt.
"Jangan sesekali menyekutukan Allah swt dan jangan sesekali menyesal menjadi umat Muhammad saw. Islam membimbing manusia ke syurga. Jangan sesekali berasa diri terkongkong dengan Islam".
"Dampingi ulama. InsyaAllah, ada tempiasnya. Tuntutlah ilmu daripada ulama yang ikhlas dengan ilmunya dan istiqamah dengan jihadnya. Hati hati dengan "ulama ulama" yang memiliki ilmu tetapi menjadikan ilmu ilmu yang dimiliki itu untuk memperdayakan masyarakat. Hasilnya, namanya tinggi menjulang tetapi Islam entah ke mana".
"Bersangka-baiklah dengan teman teman walaupun anda dikhianati berulang kali oleh teman teman. Jadikan kebaikan teman teman sebagai contoh dan jadikan keburukan teman teman sebagai sempadan".
"Istiqamahlah dengan jemaah walaupun jemaah tidak memandang pada anda. Puji puja jemaah belum bererti jihad anda dinilai oleh Allah swt. Ikhlaslah dalam jihad anda. Jujurlah dalam memperkatakan kebenaran. Bertegaslah terhadap anasir anasir yang merugikan Islam dan hormatilah perbezaan pandangan selagi mana tidak memudharatkan Islam. Sanggahlah kemunafiqan kerana kemunafiqan sukar dilihat kecuali dengan mata ilmu dan iman".
"Sayangilah ulama yang ikhlas dan zuhud kerana umat akhir zaman tidak bertemu muka dengan Rasulullah saw. Jalan jalan yang dilalui oleh Rasulullah saw hanya akan dapat difahami dengan bimbingan ulama tetapi jalan jalan itu hanya dapat dijiwai jika dibimbing oleh ulama yang ikhlas".
"Dekati dan gaulilah ulama yang ikhlas kerana itulah permata di tengah kekalutan akhir zaman. Pertahankan mereka dengan segenap kemampuan hatta nyawamu sekalipun".
"Jujurlah dalam berdakwah. Muhasabahlah. Istiqamahlah. Hadapi cabaran dan mehnah perjuangan dengan sabar dan tenang. Tanpa cabaran dan mehnah, bukan perjuangan namanya".
"Sampaikanlah Islam kepada masyarakat. Jangn tunggu masyarakat datang kepada anda. Selami permasalahan dan keperluan masyarakat dengan segenap kekuatan. InsyaAllah, Islam pasti gemilang".
Aku pegang dan genggam nasihat di atas sampai sekarang. Biarlah apa orang nak kata. Aku tak kisah.
Munafiq wajib dikuburkan walau siapa pun pemilik jasad itu.
terima kasih kerana sudi berkongsi nasihat almarhum. mohon izin untuk menghayatinya, tk
ReplyDeleteInsyaAllah.
ReplyDeleteketerbukaan ISLAM juga ada pada TG Ishak Baharom & TG Yusof Rawa.
ReplyDeleteAna setuju. Pilunya mereka tidak lagi berada dengan kita.
ReplyDeleteAl-Fatehah untuk semua pejuang ikhlas yang telah mendahului kita.
al-Fatehah...
ReplyDeleteguns....anta tinggal di mana ?
ReplyDeletepenang mali. bro dimana?
ReplyDeleteAku asal penang gak. Sekarang dah hijrah ke kl.
ReplyDelete