Thursday, September 24, 2009

HASSAN ALI - MUSANG BERBULU AYAM ATAU SERIGALA LAPAR



Bukan kali pertama Dr Hassan Ali buat hal. Dah banyak kali. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Warna sebenar Dr Hassan Ali semakin jelas.

Dulu, sebaik sahaja keputusan PRU Ke 12 diumumkan, makhluk yang bernama Dr Hassan Ali ini telah "bersegera" bertemu dengan Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan campuran PAS-UMNO. Sedangkan PAS tak tahu apa apa pun.

Waktu PRK Manek Urai, beliau berkokok kokok dengan isu Kerajaan Perpaduan yang kemudiannya "ditalkinkan" oleh TG Hj Nik Aziz.

Di PRK Permatang Pasir, beliau tak semena mena "menjaringkan gol sendiri" dengan berkokok kokok isu arak di Selangor.

Sekarang PRK Bagan Pinang, beliau berkokok pula isu SELCAT. Kononnya SELCAT bersikap menghukum dan perlu dirombak.

Apa yang Hassan Ali luahkan tidak jauh bezanya dengan apa yang Khir Toyo luahkan. Malah, adakalanya kelihatan senada. Lebih malang lagi adakalanya Hassan Ali kelihatan seperti menjadi jurucakap kepada Khir Toyo.

PAS Selangor, insyaAllah, akan tetap bersama sama dengan Pakatan di Selangor. PAS Selangor tidak mempunyai masalah di Selangor. Yang bermasalah di Selangor hanyalah Hassan Ali dan bukannya PAS Selangor.

Yang tidak berpuas hati "sana sini" di Selangor adalah Hassan Ali. Bukannya PAS Selangor.

Apa sumbangan Hassan Ali yang kita boleh banggakan sepanjang beliau menjadi Exco? Forum Perdana? Air liur yang merembes rembes keluar daripada mulutnya atau apa?

Buat Hassan Ali, janganlah terlalu angkuh dan syok sendiri. Anda bukanlah yang terbaik di Selangor. Begitu jugalah anda bukannya yang tercerdik di Selangor. Anda hanya selamat kerana anda seorang Pesuruhjaya yang dipilih oleh Presiden.

Apabila disebut "dipilih oleh Presiden", maka makhluk yang bernama Hassan Ali ini perlu sedar bahawa pilihan Presiden bukan semestinya bererti pilihan ahli bawahan. Ahli bawahan taat kepada anda hanya sanya kerana simbolik kepada ketaatan kepada Presiden sahaja. Tidak lebih daripada itu.

So, janganlah buat PAS Selangor macam Hassan Ali Enterprise seperti mana Sammy Vellu meng"enterprise"kan MIC.

Seperkara lagi, atas alasan apa Hassan Ali ini menjadi pilihan Presiden untuk diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor? Kerana kepetahannyakah? Atau kerana "nama"nyakah?

Renungkan. Beliau mungkin berilmu tetapi adakah beliau telah melalui proses tarbiyyah haraki seperti pimpinan yang lain? Berilmu bukan bererti faham amal jam'ie.

Sekiranya beliau faham apa erti amal jam'ie, maka keputusan beliau pasti merupakan keputusan yang bersifat kolektif dan bukannya keputusan yang "ikut kepala sendiri".

Adakah Presiden masih belum melihat "Hassan Ali" ini? Atau, adakah Presiden masih menunggu nasihat daripada seorang lagi "anak Ali" yang pemikirannya juga lebih kurang Hassan Ali? Aahhhh...serabut.

PAS adalah sebuah jemaah Islam yang didokong dan didirikan oleh kelompok mujahid tidak kira siapa sama ada ustaz, ulama, doktor, jurutera, petani, pelajar mahupun tukang kebun atau nelayan.

Jemaah Islam tidak memerlukan kelompok "nasionalist muslim" kerana walaupun dikaitkan dengan Islam, nasionalist tetap nasionalist dan Islam tetap Islam. Tidak mungkin bercampur. Ini soal fahaman dan ideologi. Bukan soal latarbelakang pendidikan atau cara berpakaian.

Tidak mengapa jika Hassan Ali masih kekal dengan songkok hitamnya tetapi sama samalah kita berdoa agar hati beliau tidak sehitam songkoknya itu.

Presiden, lakukanlah sesuatu sebelum ahli bawahan memprotes Hassan Ali secara terbuka. Kerana apabila Hassan Ali diprotes secara terbuka, maka secara tidak langsung, Presiden juga akan terpalit najisnya kerana Presidenlah yang memilih Hassan Ali yang bebal lagi angkuh itu sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Pergi mamposlah kelompok musang berbulu ayam yang ada dalam PAS walau siapa pun dia !!

6 comments:

  1. both anak pak ali, ex pj terengganu and pj selangor are of the same ideology - islam aside - umnology.

    amatlah perlu bagi tg presiden bertindak segera dan tidak make dono seolah2 tiada apa2 yang berlaku. nak jaga parti? atau nak jaga kepentingan? atau sudah dalam perangkap? sbb tu jangan campur aduk islam dgn melayu, tg presiden lebih arif.

    nampak gayaanya, pas perlukan muktamar khas untuk menyelesaikan pandemik H1N1 dlm pas. tg presiden sudah menjadi mangsa agaknya, sbb tu senyap je. kalau setakat meeting dalaman je dan berpuashati konon semuanya ok, tengok apa hassan ali dah buat? tu selepas meeting dalaman tu...

    ReplyDelete
  2. Aku secara peribadi memang tak pernah percaya jika setiap kali bermasalah, pimpinan akan muncul di sidang akhbar dan akan kata :

    i. segala galanya telah selesai
    ii. apa yang berlaku itu hanya mainan pihak media
    iii. hal ini tidak lagi berbangkit selepas penjelasan diberikan oleh pihak pihak terbabit

    Kenapa aku tak percaya? Sebab, semuanya nak disapu masuk bawah carpet.

    Bukan aku tak percaya pada Presiden tetapi aku tak percaya kepada orang orang di sekeliling Presiden tu.

    ReplyDelete
  3. Ada pun sahabat aku nih...ingat masih beraya lagi.

    guns...selamat kembali ke dunia maya.

    ReplyDelete
  4. HEHEHE, pagi raya pun online la bro. raya mana bro?

    maya oh maya.

    ReplyDelete
  5. Aku raya di Bagan Serai. Umah mak angkat aku. Tak dapat nak online dari sana sebab coverage Maxis 3G takde.

    Memendam perasaan selama 4 hari di sana sebab terpaksa layan berita TV3 jer.

    ReplyDelete