Thursday, September 3, 2009

POLITIK LOMPAT - PR -> BN - BN -> PR - TETAP TIDAK BERMARUAH



Ramai bloggers menulis dan mewarwarkan kerajaan Terengganu akan tumbang kerana 9 atau 10 ADUN UMNO di negeri itu akan melompat ke PR.

Terdapat juga bloggers menulis dan mewarwarkan kerajaan Selangor juga bakal tumbang apabila beberapa ADUN PR kononnya telah memakan umpan UMNO/BN.

Malah, khabarnya at least 2 orang MP MCA dari Johor juga bakal melompat ke PR.

Pada aku, semuanya tidak bermaruah dan PR mahupun BN tidak perlu double-standard dalam hal ini.

Dulu ketika mana Nasaruddin Bota lompat ke PKR, PR puji melangit. Malah, ada pimpinan PAS yang menyifatkan Nasaruddin adalah contoh pemimpin yang beriman. Tetapi, apabila Nasaruddin melompat kembali ke pangkuan UMNO dengan mengheret bersama Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, maka PR melabelkan mereka sebagai pengkhianat dan sebagainya.

Pada aku, rakyat memerlukan ahli politik "jantan" biar di pihak PR mahupun BN. Politikus "jantan" bererti jika tidak berpuas hati, letak jawatan dan pulangkan hak memilih ADUN atau MP yang baru kepada pengundi.

Lompatan ke BN mahupun ke PR, atau menjadi BEBAS pro BN, sama sahaja, tetap suatu pengkhianatan kepada pengundi. Maka, para pengundi mempunyai hak 100% untuk memilih semula wakil mereka.

Itu perkara pertama berkaitan lompat yang aku nak sebut. Yang keduanya, juga berkaitan lompat, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Dulu heboh kononnya lebih 30 MP BN akan melompat ke PR. Lepas satu tarikh, satu tarikh. Lepas satu tarikh, satu tarikh. Sekarang dah tak berbunyi.

Yang BN tak lompat lompat pun. Malangnya, yang PR pula dok "lompat tak sudah". Yang dikejar tak dapat, yang dalam kandang lari ke hutan.

Sepatutnya, kita bersabar sehingga PRU Ke 13. Mantapkan negeri negeri yang sudah berada di bawah pentadbiran PR. Mantapkan kerjasama dan persefahaman antara komponen PR. Wajib disedari oleh pimpinan PR bahawa PR ini "berkenalan dan bercinta selepas nikah". Tentunya banyak salah faham yang akan timbul.

Malangnya, masing masing dok lena dibuai mimpi. Dok sibuk rumahtangga orang lain. Anak sendiri pula yang lari dari rumah.

Negeri negeri PR sendiri pun bergoyang tak habis habis tapi PR sibuk nak ambil alih yang lain lain. Bersabarlah. Politik tamak tak bertahan lama. Anwar kan dah ada pengalaman dalam "politik tamak" nih? Takkan tak boleh faham lagi kot?

Sekarang bukan masanya untuk kita memancing di Terengganu kerana yang di Terengganu itu jika ada ikan pun hanya ikan buntal belaka. Jangan juga memancing di mana mana. Beri perhatian kepada ikan yang sudah di kolam. Bela betul betul ikan ikan itu. Kolam perlu bersih. Penjaga kolam perlu proaktif dan tegas dalam membuat keputusan.

Barisan Exco perlu faham skop tugasan. Barisan Exco perlu pandai beza antara tugasan parti dan tugasan kerajaan negeri. ADUN perlu tahu mengulas isu pentadbiran kerana berucap di sidang DUN tidak sama dengan berceramah di bawah khemah mahupun berkuliah di masjid surau.

YB PR wajib sedar bahawa mereka kini kerajaan yang mentadbir negeri dan bukannya YB pembangkang lagi. Oleh itu, mantapkan gerak kerja kerajaan negeri dan bukannya asyik menghentam kerajaan UMNO yang dah nak mampos tu.

Rakyat sedang memerhati. Rakyat sudah pandai membuat perbandingan antara kerajaan dulu dan kerajaan sekarang. Musuh pula sentiasa menunggu untuk menyerang. Malangnya, kita tidak berhati hati dalam setiap tindakan. Lebih malang lagi apabila kita "bersembrono" dalam banyak perkara. Bila timbul isu, baru nak terkial kial "bersilat".

Come on lah pimpinan PR. Sekarang masanya untuk "walk the talk" bukannya "talk the walk".

Pahit, kan? Yang pahit itulah ubat. Pedih, kan? Pedih itulah tanda nak sembuh.

2 comments:

  1. Satu padangan yang bagus, bernas dan tepat. PR tak perlu kejar mengejar. Masa dah semakin hampir. Jangan terlalu rakus. Perintahlah dengan baik, jaga orang kita dengan baik. jauhi maksiat. Tunjukkan akhlak yang baik. UMNO akan kalah hanya dengan cara baik sahaja. INGAT....UMNO masih berkuasa dan dia mampu menimbulkan fitnah di kalangan penyokong PR dan kerajaan PR.

    Jangan kita jadi Bodoh macam UMNO BN. Pengundi muda bukannya tahu sangat perihal kejahatan UMNO, jika dibongkarkan terus menerus, nanti pengundi muda akan bingung dan kesian kepada UMNO kerana terlalu kuat dihentam. Terlopong kau nanti PR.

    Didiklah pengundi muda dengan Islam, biar mereka sedar apa yang dilakukan UMNO semuanya tidak sesuai dengan Islam.

    Itupun jika PR mahu menjadi Pemerintah. Kalau nak terus jadi pembangkang maka teruskanlah kerja sia-sia itu.

    Jangan nanti AYAM TERLEPAS TANGAN BERBAU TAHI.

    ReplyDelete
  2. Bunga bunga nak runtuh tu ada. Malangnya, pimpinan PR setakat nih lebih selesa untuk menganggap semuanya khabar angin semata.

    Siapalah kita yang dibawah nih utk bersuara untuk menegur mereka.

    Jadi, cukuplah sekadar kita berbincang sama sama kita dan sebarkan apa yang kita bincangkan. InsyaAllah sedikit sebannyak usaha ini akan mampu membuahkan hasil.

    Biarkan sesetengah pimpinan yang diatas tu menjadi seperti luncai dan labu labunya.

    Ingat baik baik dalam hati dan pemikiran kita. Kita berjuang untuk rakyat. Bukan untuk individu yang memimpin.

    ReplyDelete