Thursday, September 10, 2009

DOAKAN KEJAYAAN KAMI UNTUK MENYANTUNI KESEMUA 500 KELUARGA ITU - MEREKA JUGA BERHAK UNTUK BERGEMBIRA



Azan Maghrib baru jer dikumandangkan. Dah masuk waktu berbuka pun. Selera aku masih bermasalah. Cukup sekadar minum air soya jer.

Dari jam 11 pagi tadi aku terperuk di pejabat MP Bandar Tun Razak. Walaupun kesihatan tidak begitu mengizinkan, aku gagahi juga untuk ke sana kerana ada mesyuarat berkaitan program agihan bantuan untuk 'Idul Fitri kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Di waktu sakit begini, barulah aku dapat menilai betapa nikmatnya sihat. Ya Allah, ampunkan aku sekiranya selama ini aku gagal bersyukur dengan kesihatan yang Engkau kurniakan kepadaku.

Kami hanya bersedia untuk mengagihkan keperluan dapur beserta sedikit wang tunai 350 buah keluarga sahaja. Namun, borang yang dikembalikan kepada kami semuanya berjumlah hampir 500 keping.

Suka atau tidak, kami wajib memproses borang borang itu. Walaupun ada cadangan supaya borang yang tidak lengkap dan borang yang lewat ditolak, namun, ramai di kalangan kami tetap mahu berusaha menyantuni semuanya walaupun tempoh hanya tinggal satu hari sajer lagi.

Perbincangan berlanjutan sampai jam 6.30 petang.

Setelah diperdebatkan dan dibahaskan, kami mengambil ketetapan untuk menyantuni semuanya dan tidak akan menolak walau satu permohonan pun. Atas sebab itu sejumlah peruntukan yang ribu riban jugalah terpaksa kami cari malam nih juga.

Sahabat sekalian, doakan kejayaan kami. InsyaAllah, doa kalian itu ada nilai di sisi Allah swt.

2 comments: