Mula mula tersiar berita Dr Hassan Ali diarahkan mengadap Sultan Selangor. Dr Hassan memberitahu perjumpaan itu hanyalah perjumpaan rutin dan hanya berbincang mengenai kepentingan Islam di Selangor.
Akhbar banjengan UMNO menyatakan Dr Hassan Ali diperintah mengadap Sultan Selangor tetapi Dr Hassan Ali pula mengatakan beliau yang memohon ehsan Sultan Selangor untuk bertemu.
Kemudian ditimbulkan pula isu surat yang ditandatangani oleh 31 ADUN Selangor yang mahu YAB Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan kerana 31 ADUN ini dikatakan hilang keyakinan dengan beliau.
Kemudian disiarkan pula 5 ADUN Pakatan Selangor bertemu Najib di Putrajaya. Hari nih, tersiar pula berita yang mendakwa Najib akan mengadap Sultan Selangor pada Isnin ini dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim pula akan mengadap sejam kemudian.
Apa kisah sebenarnya di sebalik semua ini? Sekadar propaganda atau suatu realiti yang perlu dimatikan oleh Pakatan Rakyat Selangor?
Jika kerajaan Selangor benar benar tumbang, memang aku sedih. Namun, aku bersyukur kerana sekurang kurangnya munafik munafik itu sudah tiada lagi dalam Pakatan Rakyat. Aku yakin, walaupun tumbang sekarang, rakyat Selangor tetap akan memilih kerajaan Pakatan Rakyat pada PRU Ke 13 nanti.
Jika kerajaan Selangor tidak tumbang dan berita berita itu hanya igauan bloggers banjengan UMNO, aku rasa kita juga wajib bersyukur kerana rancangan jahat BN tidak menjadi kenyataan.
p/s : Secara peribadi, aku yakin ADUN PAS tidak akan membuat onar di Selangor. Namun, hanya Allah swt sahaja yang tahu sama ada wujud atau tidak Abdullah ibn Ubay versi Melayu dalam PAS Selangor.
Kah kah kah...
ReplyDeleteLu tak menangis ke hari ni???
Kah kah kahh..
nak tumbang pun tumbang laa...
ReplyDeletejanji ada pilihanraya...
jgn pilihanraja....
memang ada manusia jenis Abdullah ibn Ubay versi Melayu dalam PAS Selangor.we wait i see!!!
ReplyDeleteAh San Ah Li, lu tak yah nak selindung di sebalik link orang lain.
ReplyDeleteDasar banjengan UMNO.
Buat sahabat, kita tunggu dan lihat. Tumbang bukan bermakna tak boleh bangkit lagi. Kita berpengalaman kalah. Yang dok mengigau dan yang dok meraban dan meroyan tak sudah nih hanya orang yang baru nak rasa pengalaman kalah jer.
UMNO lah tu. Hamlau.
bro, takkan kita nak dgr berita sumber umno laknatuLlah??
ReplyDeletekerana Depa ni kan confirm keturunan Abdullah bin Ubai..
Dgr dari pimpinan,baru ahli jamaah namanya...
Sdra dppkl,
ReplyDeleteSaya tak kata pun kita kena dengar maklumat daripada musuh.
Kita meyakini dan percaya dengan kepimpinan yang ada tetapi segalanya harus dipertimbangkan supaya daki daki munafiq dapat kita bersihkan.
Ambil contoh Nakhaie, jika Nakhaie yang sudah berada di peringkat Naib Presiden itu pun boleh berpaling tadah, apatah lagi yang lain.
Kita tidak prejudis atau pun bersangka buruk. Kita hanya perlu berhati hati. Itu sahaja.
Kemungkinan kemungkinan itu ada dan kita harus bijak menanganinya.