Puas beraya walaupun hati meronta ronta sebab takde connection dengan "dunia berita alternatif". Maxis 3G takde coverage kat Bagan Serai. So, suka tak suka terpaksalah menjadi "penonton setia" berita bangang TV3.
Aku terlepas banyak isu. Antaranya, kes Chua Soi Lek yang diubah hukuman pecat seumur hidup menjadi gantung keahlian selama 4 tahun.
Pada aku, pecat seumur hidup atau gantung keahlian selama 4 tahun, sama sahaja iaitu MCA tetap menuju kehancuran sebagai mana UMNO.
Jadi, pecat Chua Soi Lek atau gantung Chua Soi Lek, pecat Ong Tee Keat atau gantung Ong Tee Keat, keputusan keputusan itu sudah tidak mampu lagi menyelamatkan MCA.
Jika ditelitikan suasana politik sekarang, yang terbaik adalah bubar MCA dan tubuh parti baru yang berkonsepkan pelbagai kaum, kemudian sertai Pakatan. Kalau nak mudah lagi, bubar MCA dan joinj jer mana mana parti dalam Pakatan.
Begitu juga halnya dengan krisis MIC. Tak perlulah untuk Subramaniam berfikir panjang kerana segala galanya sudah jelas. MIC tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat India. MIC sudah berubah menjadi Samy Vellu Enterprise.
Kalau nak tubuh parti baru pun ok juga tetapi jika parti baru itu dibawa melutut dan melukut dalam Barisan Nasional, takde guna gak. Yang penting, keluar dari kepompong Barisan Nasional.
Tinggalkan sahaja "kapal layar" yang sedang karam itu. Biarkan UMNO merapu, meraban dan meracau sendirian.
No comments:
Post a Comment