Friday, September 18, 2009

TUN MAHATHIR - WHAT?! ISA SAMAD?! NO WAY !!



UMNO makin kacau di Bagan Pinang. Bau busuk "kacau bilau" Bagan Pinang sudah tidak dapat nak di"cover" lagi dah.

Mula mula, Wanita UMNO mahu kerusi DUN Bagan Pinang diberikan kepada Wanita UMNO atas alasan jumlah wanita sebagai pembuat dasar perlu dipertingkatkan.

Kemudian, UMNO Negeri Sembilan menyerahkan sepenuhnya kuasa memilih calon DUN Bagan Pinang kepada UMNO Telok Kemang.

Kemudian, UMNO Telok Kemang hanya menamakan Isa Samad sebagai calon tunggal bagi DUN Bagan Pinang.

Kemudian, Muhyiddin merayu UMNO Negeri Sembilan dan UMNO Telok Kemang menamakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon UMNO DUN Bagan Pinang.

Apabila keadaan jadi begini, jelaslah kepada kita bahawa UMNO sedang bermasalah dan sedang kacau bilau di Bagan Pinang. Ala ala mabuk pinang gitu....hahahahahaha.

Isa Samad yang pada mulanya mengembang ngembang hidung berhajat untuk menjadi calon, kelihatan cuba diketepikan oleh tangan tangan ghaib dalam UMNO.

Isa Samad enggan mengulas lanjut selepas Muhyiddin merayu supaya tiga nama disenaraikan sebagai calon UMNO bagi DUN Bagan Pinang. Jelas kepada kita Isa Samad dah merajuk.

tak semena mena, hari nih Tun Mahathir pula membantah Isa Samad dicadangkan sebagai calon. Alamak, "atok" dah bersuara tu. Kenalah taat. Jangan membantah. Kalau melawan, samalah UMNO dengan budak budak MIC yang nak hadiahkan kalung selipar hari tu.

Walau bagaimana pun, PR terutamanya PAS, jangan tido. Undi POS dah confirmed 90% akan "dijadikan" undi UMNO/BN. So, tarik sebanyak mungkin undi bukan Melayu dan undi atas pagar serta undi protest ahli ahli UMNO.

InsyaAllah, jadikan Isa Samad rakan kongsi dalam gelap jika nama beliau tidak dicalonkan sebagai calon UMNO bagi DUN Bagan Pinang.

Takde guna jika PR terutamanya PAS mendesak SPR itu dan ini dalam situasi sekarang kerana SPR pasti akan tidak melayan semua tuntutan PR dan PAS demi menjamin survival UMNO.

Seperti mana yang pernah kita sebutkan sebelum ini - JIKA ISA SAMAD DICALONKAN, MAKA MUDAHLAH KERJA KITA. NAMUN, JIKA BELIAU TIDAK DICALONKAN, MAKA LAGI MUDAHLAH KERJA KITA.

Masih belum terlambat untuk mencari jalan kemenangan di Bagan Pinang dan anggapkan sajer undi POS itu milik UMNO/BN seperti mana kita menganggap undi bukan Melayu semuanya milik UMNO/BN ketika di Kuala Terengganu dulu.

Ini strategi selamat dan insyaAllah, rakan rakan bukan Melayu akan faham strategi ini dan mereka tidak akan berkecil hati.

Buat rakan rakan Pakatan, jangan dilihat parti apa yang bertanding, bekerjalah dan berjuanglah atas nama Pakatan kerana jika kita masih mahu berdiri sebagai PAS, PKR dan DAP, maka tidak ada bezalah antara kita dan UMNO/BN.

No comments:

Post a Comment