Di Permatang Pauh, dia kata rakyat sudah sedar bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat - hakikatnya UMNO/BN tetap menyembah bumi.
Di Kuala Terengganu, dia kata orang Melayu sudah sedar betapa PAS diperkudakan oleh DAP dan rakyat sudah tahu tembelang PAS - hakikatnya UMNO/BN tetap menyembah bumi.
Di Bukit Gantang, dia kata PAS sudah menggadai Islam demi menjilat DAP dan rakyat sudah kembali menyokong UMNO/BN - hakikatnya UMNO/BN tetap menyembah bumi.
Di Manek Urai, Khairy kata ribuan anak muda yang sebelum ini terpengaruh dengan PAS akan kembali ke pangkuan UMNO/BN - hakikatnya UMNO/BN tetap menyembah bumi.
Di Permatang Pasir, Khairy kata ribuan anak muda yang menyokong Pakatan akan mengundi BN kerana rakyat sudah muak dengan gelagat Pakatan - hakikatnya UMNO/BN tetap menyembah bumi.
Kini di Bagan Pinang, Khairy kata Pakatan akan kalah di Bagan Pinang kerana "program mereka kurang mendapat sambutan".
Jika Pakatan kalah di Bagan Pinang, takde apa yang nak dimalukan kerana itu bukan kerusi Pakatan dan Negeri Sembilan juga bukan negeri Pakatan.
Namun, jika Pakatan menang di Bagan Pinang, maka itulah kejutan untuk semua kerana "terang lagi bersuluh" UMNO/BN menuju ke kuburan.
Jika UMNO/BN menang di Bagan Pinang, apa yang nak dihairankan? Bagan Pinang memang kerusi milik UMNO/BN pun.
Namun, jika UMNO/BN tersungkur di tempat sendiri, maka itulah kejutan untuk semua kerana pengundi Bagan Pinang telah mengkerandakan UMNO.
Kenapa hanya mengkerandakan UMNO? Kerana rakyat seluruhnya akan hanya mengebumikan UMNO dalam PRU Ke 13 nanti. Harap bersabar.
Insyaallah .... TAKBIR !!!!!
ReplyDeletedI kesempatan ini nak ucapkan SaLAM AIDIL FITRI WAT PEMBURU SYAHID & KELUARGA...
Terima kasih zamtavac.
ReplyDeleteAna pun nak ucapkan Salam 'Idul Fitri untuk anta sekeluarga. Semoga Ramadhan yang berlalu meninggalkan keberkatan buat anta sekeluarga dan semoga Syawal yang menjelang menghasilkan rahmat buat anda sekeluarga.
p/s : Ana bujang lagi.
budak ni kanyaq lagi, mandi hadas pun dia tak tau niat. pak mentua imam hadhari, buat malu ja.
ReplyDeleteMungkin juga. Boleh jadi dia hanya tahu mandi jer dan tak pernak ambil tahu pun tentang mandi wajib tu.
ReplyDeleteAtau u yg nak i buat posting cara cara mandi wajib? Hahahahahaha.....
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.