Friday, September 11, 2009

UMNO PARTI ISLAM SEBENAR - KAU MENGIGAU KE NAJIB



Kau nak meraban apa lagi nih Najib? UMNO parti Islam sebenar? Kelakar bercampur muntah tu.

Apa bukti yang kau nak sajikan supaya rakyat yakin UMNO parti Islam?

Bersongkok tinggi? Membina masjid dengan jumlah yang banyak? Mewujudkan Tabung Haji? Mewujudkan JAKIM? IKIM? Mewujudkan majlis agama di setiap negeri? Atau apa?

Najib, Islam bukan letaknya di situ. Islam ini bererti tunduk dan patuh serta menyerah diri bulat bulat kepada Allah swt dengan menyeru ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran serta mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.

Kau faham, kan Najib? Tapi kenapa kau buat buat tak faham juga? Sekarang nih ketara sekali UMNO sudah kehabisan modal untuk hidup. Nyawa UMNO bukan lagi nyawa nyawa ikan tetapi sudah membusuk dan mereput.

Najib, jika UMNO mahukan Islam, bukan dilihat pada berapa jumlah masjid tetapi dilihat pada sejauh mana Islam diterapkan dalam hidup UMNO.

Selagi mana ribuan wanita UMNO tidak menutup aurat dengan sempurna, maka itu sudah memadai untuk membuktikan UMNO tidak Islam ataupun Islam UMNO itu adalah Islam plastik.

Islam dan iman itu berdiri atas 3 perkara.

Pertama, Islam itu diyakini dengan hati. Meyakini dengan hati nih bererti yakin "sungguh" bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah swt dan Rasulullah saw itu pesuruh-Nya.

Apa maksud yakin "sungguh'? Yakin dan taat bahawa al-Quran itu adalah sumber terbaik dan sumber tertinggi rujukan dan panduan hidup di dunia. Patuh sepenuhnya kepada isi kandung al-Quran.

Adakah UMNO mematuhi isi kandung al-Quran? Jawapannya, TIDAK. Buktinya, ROSMAH.

Maknanya, Islam UMNO adalah Islam plastik.

Kedua, Islam itu diakui dengan lidah. Maknanya, melafazkan kalimah syahadah. Itu huraian yang paling minima. Selain itu, sentiasa berhati hati dalam berkata kata supaya lidah kita tidak mengikrarkan ketundukan ataupun kepatuhan kepada "unsur" yang lain lain.

Contohnya, melafazkan ayat "Negara kita ada perlembagaan dan wajib bagi kita mematuhinya dan semua mengetahui bahawa apa sahaja yang bercanggah dengan perlembagaan negara maka ianya adalah terbatal secara automatik".

Adakah UMNO melafazkan syahadah? YA. Adakah UMNO dalam masa yang sama meletakkan al-Quran berada dalam "situasi" terbatal dalam konteks perlembagaan? YA. Adakah tindakan itu memenuhi syarat "Islam itu adalah ikrar dengan lidah"? TIDAK.

Maknanya, Islam UMNO adalah Islam yang entah apa apa "pegangan"nya. Islam plastik.

Ketiga, Islam itu adalah pengamalan dengan anggota. Maknanya, perbuatan dan kehidupan seharian kita adalah berlandaskan peraturan yang termaktub di dalam al-Quran.

Pendek kata, yang halal, halal. yang haram, haram. Kita tidak mengubah apa apa pada hukum iaitu sama ada menambahkan "hukum" atau mengurangkan "hukum" atau mewujudkan "hukum" baru berdasarkan pentafsiran yang salah dan kemudiannya "hukum" baru itu kita namakan sebagai "hukum" syariah atau "hukum" itu kemudiannya kita syar'eikan.

Pengamalan ekonomi, ada halal haramnya. Pengamalan politik, ada halal haramnya. Pengamalan pendidik, ada halal haramnya. Pengamalan perundangan, ada halal haramnya. Semuanya mempunyai sistem kawalan yang telah termaktub di dalam al-Quran.

Apabila sistem kawalan yang dinamakan "halal" dan "haram" ini tidak dipatuhi, maka pengamalan itu bukanlah pengamalan Islam dan tertolak di sisi al-Quran.

Adakah "pengamalan" UMNO itu berlandaskan sistem "halal" dan "haram"? TIDAK. Adakah "pengamalan" UMNO itu menurut hawa nafsu dan akal semata mata? YA. Adakah itu bererti Islam UMNO itu menyeleweng daripada bimbingan dan panduan yang termaktub di dalam al-Quran? YA.

Maknanya, Islam UMNO bukanlah Islam yang sebenar dan tertolak secara nyata. Islam plastik.

Seperti yang kerap aku sebutkan - "Jika dipakaikan jubah dan serban kepada kaldai sekalipun, ketahuilah bahawa kaldai itu tetap kaldai".

Jika Najib tiba tiba memakai jubah dan serban sekalipun, itu masih tidak boleh dijadikan bukti bahawa UMNO itu Islam selagi mana Rosmah masih berjambul woody wood pecker.

Sekali lagi, Islam berdiri atas tiga tunggak iaitu hati, lidah dan amal anggota. Begitu juga kufur. Kufur juga berdiri atas hati, lidah dan amal anggota.

UMNO parti Islam sebenar?! Sendiri mau ingat laa.....

Woi Najib !!

Memang hamlau tahap lahabau puak puak nih....

2 comments:

  1. UMNGOK adalah parti yg memunahkan sunnah, tgk pak2 ustaz yg masuk tv, semua pakai songkok, diharamkan kupiah walhal kupiah adalah pakaian sunnah(betulkan jika sy salah), sedangkan songkok tak wujud pun dlm sirah nabi, pemakaiannya tdk mendapat apa2, kosong...malah sejarah songkok di malaysia juga kabur..dan seingat saya songkok mula2 dipakai oleh askar2 gurkha (betulkan jika sy salah lagi)....bersama memartabatkan pakaian sunnah!!!

    ReplyDelete
  2. Sunnah berpakaian mengatasi sunnah pakaian. Ada beza tu.

    ReplyDelete