Thursday, September 3, 2009

TAHNIAH KERAJAAN KELANTAN - TAHNIAH TG HJ NIK AZIZ DAN BARISAN PIMPINAN - RM3.8 JUTA DUIT RAYA UNTUK RAKYAT



Projek Ladang Rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan TG Hj Nik Aziz telah mencatatkan keuntungan tinggi sekaligus mampu mengagihkan keuntungan bernilai RM3.8 juta kepada kesemua pesertanya.

Pembayaran keuntungan akan dibayar bermula awal September ini dan kiraan keuntungan itu pula bermula dari Januari lepas.

Begitulah lebih kurang berita yang disiarkan oleh BERNAMA.

Inilah yang disebut kerajaan rakyat dalam struktur negara berkebajikan. Maknanya, kerajaan yang mentadbir memanfaatkan apa sahaja yang ada supaya nikmat pemerintahan turut dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Ada orang kata, orang UMNOlah tu, puak puak lembu nih kata TG Hj Nik Aziz tak mampu bawa pembangunan ke Kelantan. Soalan aku mudah jer. "U orang Kelantan ker? Kalau u bukan orang Kelantan, shut up!"

Memamg jumlah bangunan tinggi tidak sebanyak jumlah bangunan tinggi di KL atau Selangor tetapi apa yang penting bukannya bangunan tinggi itu. Yang penting adalah kebajikan rakyat terjaga dan hak rakyat terbela.

Ambil contoh Terengganu. Ada minyak. Ada gas. Tapi rakyat hanya mampu "nga nga" jer. Mampu melihat jer. Nikmat minyak tak sampai pun kepada rakyat walaupun puak puak jahanam tu melalak sana sini kononnya "tradisi membela rakyat".

Negeri PR yang lain macam mana?

Kelantan, dah nampak dah kebajikan rakyat terjaga. Penang, walaupun jenuh dok cuci taik UMNO sana sini, dah mampu jimat juta jutaan dah.

Kedah, dah ada projek minyak milion milion. Tapi kebajikan rakyat masih dok ikut cara UMNO juga. Bila rakyat dah terhimpit sangat baru nak tolong. Patutnya pi cari orang susah dan tolong. Bukannya tunggu sampai hamba Allah tu terhimpit dulu. Tolong 5 orang, canang di media. Ishk, sebijik macam UMNO.

Selangor, entahlah. SMUE jer kot setakat nih yang nampak lancar. Yang lain tu ada tapi macam takde "kesudagan". Macam projek tangkap muat jer.

Perak, toksah tanyalah. Depa tak habis lagi berkabung.

Apa apa pun, buat semua negeri PR. Tunjukkan bahawa PR benar benar kerajaan rakyat. Bukannya "rakyat" hanya dislogankan. Bunga bungan tu dah nampak di Selangor. Cuma belum berkembang lagi. So, sebelum kembang, elok cantas.

No comments:

Post a Comment