Thursday, September 24, 2009

HASSAN ALI - BUKAN LAGI MILIK RAKYAT TETAPI MILIK AHLI POLITIK TERTENTU



SELCAT : JATUH MARUAH ATAU TERKANTOI?

Teringat dengan filem Anak Bapak lakonan P Ramlee bersama AR Tompel. Satu sesi siasat telah dibentuk seperti dalam sebuah mahkamah diwujudkan dalam kediaman semata mata mahu mempastikan tidak ada penyelewengan wang perbelanjaan yang diserahkan oleh si bapa kepada anak yang kononnya mahu berumahtangga.

Dalam filem itu, walaupun dakwaan penyelewengan itu sekadar RM4 ribu sahaja tetapi memandangkan ia adalah isu penyelewengan hak si bapa maka sudah pastilah dalam siasatan tersebut terdapat beberapa soalan provokatif agar segala rahsia yang mahu disembunyikan akan terbongkar.

“Boleh terangkan bagaimana wang boleh dikeluarkan apabila dimohon oleh seseorang YB?”

“Apakah boleh seseorang Pegawai Daerah mengeluarkan wang setelah pembubaran DUN/Parlimen sudah berlaku?”

“Boleh terangkan, bagaimana wang boleh dikeluarkan apabila dimohon oleh seseorang YB?”

“Apakah boleh seseorang Pegawai Daerah mengeluarkan wang setelah pembubaran DUN/Parlimen sudah berlaku?”

Soalan-soalan sebegini, apabila dilontarkan kepada seorang pegawai Daerah, ia memang nampak seperti soalan budak-budak sekolah. Tetapi, soalan sebegini amat perlu untuk dikemukakan soalan selanjutnya.

Seperti soalan-soalan berikut;

“Mengapa wang kerajaan boleh dikeluarkan tidak sampai 2 jam setelah permohonan YB, sedangkan seawal-awal kelulusan pengeluaran wang mesti mengambil masa selama 2 minggu?”

Soalan sebegini sudah pasti terpancul setelah terbukti ada satu cek pengeluaran Wang rakyat tidak sampai 2 jam, disamping pengeluaran itu mencecah jutaan ringgit.

“Mengapa hakikat pengeluaran Wang itu berlaku setelah pembubaran DUN/Parlimen?” soalan ini terkeluar setelah terbukti; terdapat satu cek yang tercatit tarikh pengeluaran wang setelah pengisytiharan pembubaran DUN/Parlimen.

Bagi pegawai daerah yang terbukti bersalah, sudah pasti soalan-soalan sebegini menyebabkan mereka terkantoi; malah menyebabkan mereka akan merasa gelabah.

Lebih menjadi kelam kabut, jika semua siasatan ini dilakukan dalam keadaan terbuka; semua dapat melihat gelagat dan kegelabahan para pegawai Daerah yang terkantoi itu. lebih-lebih lagi, semuanya terdapat rakaman yang diCDkan; yang bila-bila masa sahaja boleh diedarkan disekitar Selangor.

Dengan alasan inilah, mereka akan mendakwa imej mereka tercemar dan terguris kereputasian diri mereka.

Yang lebih parah, dikhabarkan bahawa ada antara pegawai daerah itu mendakwa bahawa beliau ditelefon oleh orang-orang politik tertentu pada waktu malamnya; meminta agar tidak menyebut perkara-perkara tertentu, kerana ia boleh melahirkan kebocoran rahsia terhadap penyelewengan yang telah dilakukan.

Dalam filem anak bapa, hanya RM 4 Ribu sahaja pun sudah dipertikaikan oleh bapa terhadap anak, inikan pula kalau wang rakyat yang didakwa diselewengkan itu mencecah ratusan juta Ringgit.

Jika ditanya pada rakyat, sudah pasti rakyat ingin tahu kemana perginya wang mereka yang telah dibayar cukai. Apakah benar digunakan untuk kegunaan awam, ataupun diselewengkan demi mengkayakan golongan tertentu?

Mungkin ini yang tidak disetujui oleh Dato’ Hasan Ali dengan dakwaan menghina Pegawai Daerah yang disiasat?. Mengapa beliau tidak setuju? Mungkin kerana sekarang Dato’ Hasan Ali bukan lagi kepunyaan rakyat, tetapi kepunyaan ’orang-orang politik’ tertentu?

Sekian

p/s : PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Sri Indah (B), Sg Buloh
24 September 2009 * 2:01 pagi

No comments:

Post a Comment