Wednesday, September 2, 2009

ULAMA TIDAK BOLEH DITEGUR - "ILMU" YANG MENCERMINKAN KEJAHILAN PEMIKIRAN



Ini komen ANON di blog Aduka Taruna. Pada aku, persoalan ini wajar dikongsi bersama oleh kita semua. Ini komennya :-

woi aduka!

jangan melampaui batas islam!

jangan kurang ajar dengan ulamak!

ulamak pewaris nabi!

taat dan walak pada pewaris nabi!

derhaka dan biadab pada ulamak menempatkan dirimu dalam neraka!

ulamak pemberi syafaat dan penyelamat di alam mahsyar!

hidup ulamak!

hancur erdogan!

hancur anwar!


Aduka Taruna tak jawab. So, biar aku yang jawab kerana pada aku, isu ini perlu diperjelaskan.

Ini pula jawapan aku kepada komen ANON yang hanya berani berdebat menerusi "ANON" itu :-


Ulama adalah golongan yang menjernihkan kekeliruan di dalam masyarakat tetapi puak puak nih mendiamkan diri dan diam seribu bahasa di saat masyarakat memerlukan "penjernihan".

We are talking about their peranan bukannya about their title as the ulama.

Where are they ketika TG Hj Nik Aziz dihentam? Where are they ketika masyarakat terpinga pinga tentang isu kuil di Selangor? At least, Ketua Pemuda PAS Pusat, mana? Sibuk dengan wacana lagikah?

Kenapa mereka tidak bersuara? Bukankah menjadi tanggungjawab mereka untuk memimpin masyarakat ketika mana masyarakat terpinga pinga?

Lainlah kalau mereka sendiri pun terpinga pinga juga.

Ada orang kata lebih baik mereka diam dalam isu kuil di Seksyen 23 tu kerana kemungkinan huraian mereka akan membuatkan keadaan semakin serabut.

Pada aku, jika pandangan ini yang nak dijadikan hujah, persoalannya, serabut atau takut hilang undi? Di sinilah letaknya prinsip perjuangan dan kefahaman Islam kita. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa tahalluf siyasiyy tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam.

Bersuaralah wahai ulama. Masyarakat memerlukan anda dalam suasana yang sebegini. Kenapa anda berdiam diri? Wake up lah....

Bila orang kata ulama tong kosong, nak marah pulak...

Lagi satu, macam mana mereka mendapat title ulama? Sebab lulusan Timur Tengah, kan? Bukan sebab pengamalan ilmu, kan?

Adakah semua yang lulusan Timur Tengah itu ulama? Adakah semua yang grad bidang agama itu ulama?

Adakah semua yang beserban berjubah itu ulama?

Ulama bukan terletak pada serban jubah atau lulusan universiti mana, tetapi ulama adalah insan yang memimpin masyarakat dengan kefahaman ilmunya ketika mana masyarakat terpinga pinga.

Ulama juga boleh tergelincir. Baca sejarah.

Bila mana kita kata ulama tidak boleh ditegur, maka kita telah "merahibkan" ulama seperti mana penganut Kristian merahibkan paderi paderi mereka.

Apa maksud "merahibkan"? Apa sahaja yang keluar daripada mulut ulama, maka itu adalah umpama wahyu dan tidak boleh disanggah dan wajib disokong.

Buka kitab tafsir, terdapat ayat al-Quran yang membicarakan soal "merahibkan" ini.

Jangan main hentam dan perasan berilmu semata mata kerana kita ahli PAS.


p/s : Aku mengharapkan isu ini dapat didebatkan secara "tidak beremosi" oleh semua. Harap sangat ada sahabat yang memberikan tunjuk ajar sekiranya pandangan aku nih salah. Amat dialu alukan.

5 comments:

  1. saudara,

    betul ke itu komen dari ANON?

    cuba saudara lihat kembali komen tersebut dari blog Aduka taruna. dari nama pengkomen tu, saudara pasti akan dapat kesan niat pengkomen tersebut, bukan seperti yang saudara sangkakan.

    jangan cepat melatah, berfikir dengan cerdik.

    ReplyDelete
  2. Memang betul beliau menggunakan ID PENJILAT ULAMA TEGAR tapi kita tak tahu siapa dia sedangkan apa yang beliau hujahkan itu boleh membuatkan sahabat sahabat kita menjadi keliru.

    Jadi, ana ambil peluang untuk memberikan penjelasan terhadap kekeliruan yang bakal timbul supaya sahabat sahabat kita tidak menjadi terpinga pinga.

    Ana letak beliau sebagai ANON kerana ana tahu kebanyakan ANON tu adalah beliau kerana gaya penulisannya sama sahaja.

    Lagipun, ramai di kalangan sahabat kita sendiri salah faham tentang konsep wala' dan taat kepada pimpinan.

    Sebab tu ana bagi peringatan kepada kita semua pada perenggan akhir berwarna hijau tu.

    ReplyDelete
  3. Emmm...nampaknyer kiter perlu penjernihan semula konsep kepimpinan ulama...perlu penerangan dan tak membuta tuli taat pada pimpinan..seperti kata TG presiden...org PAS bukan bodoh...maknanya org pas perlu ader kebolehan berpikir dan bukannya taat membuta tuli tanpa berpikir secara matang...

    ReplyDelete
  4. Betul. Ini yang kita perlu lakukan supaya kepimpinan ulama terus relevan dan tidak diperlekehkan serta dipandang tinggi oleh semua kaum.

    Kenapa TG Hj Nik Aziz sering dilawati oleh pelbagai kaum? Dan, kenapa yang lain lain tidak dilawati oleh pelbagai kaum?

    Maksud aku, pelbagai kaum sanggup buat rombongan ke Kelantan untuk melawat TG Hj Nik Aziz. Kenapa takde sesaper pun yang buat rombongan nak ke Rusila atau Manir?

    Rusila tu kadang kadang ada, itupun sekadar singgah kat Masjid Rusila jer. Manir, jauh sekalilah.

    Kenapa begitu? Ini yang perlu difikirkan. Bukannya mengambil sikap pro ulama ini dan anti ulama itu.

    Ahli PAS perlu difahamkan bahawa wala' dan taat kepada kepimpinan ulama itu bererti ulama secara institusi dan bukannya ulama secara individu.

    Ini yang Lajnah Tarbiyyah PAS di semua peringkat perlu buat.

    ReplyDelete
  5. Pendapat saya, bagus juga kalau kita lihat semula ciri2 yg ada pada ulama. Apa yg ulama patut ada dan buat dan juga apa yg mereka tidak patut ada dan buat.

    Tak lama dulu, saya ada ber'dialog' dengan penyokong umno di malaysiawaves samada adakah ulama' itu perlu hafaz al-Quran ataupun tidak. Perlukah yg dikatakan ulama' itu fasih berbahasa Arab? Ini yg dipersoalkan.

    WaLLahu 'alam.

    ReplyDelete