Wednesday, September 16, 2009

AKAN KAMI PIKUL AMANAH INI SEBAIKNYA - TERIMA KASIH ATAS SEGALA SUMBANGAN DARI SAHABAT SAHABAT



Alhamdulillah, ana dan beberapa orang sahabat telah menyelesaikan tugasan membanci kelompok ibu tunggal, ibu tinggal, anak yatim dan OKU di kawasan penempatan kami.

Ramai juga. Lebih 100 orang juga jumlahnya.

Tugasan kami yang seterusnya adalah mendaftarkan kelompok ini di atas nama satu NGO yang akan kami wujudkan dengan nama Persatuan Jiwa Prihatin.

Fungsinya adalah untuk menyantuni dan memenuhi segala keperluan kelompok ini. Itu tekad dan niat kami.

Kami akan cuba sebaik mungkin untuk membela kelompok ini.

InsyaAllah, doakan kami agar tidak ada lagi ibu tunggal dan ibu tinggal yang dihalau keluar daripada rumah kerana gagal membayar sewa rumah.

Doakan agar tidak ada lagi anak anak yang terpaksa berhenti sekolah akibat daripada kesempitan perbelanjaan si ibu.

Doakan agar tiada lagi OKU yang terbaring di atas katil kerana kedua dua kakinya telah dipotong.

Doakan kami agar mampu meringankan apa sahaja bebanan kelompok ini.

Ya Allah, damaikan kehidupan kami, kehidupan mereka dan kehidupan hamba-Mu yang pemurah yang telah membantu kami selama beberapa bulan ini. Ameen.

p/s : Terima kasih di atas sumbangan yang disalurkan kepada kami menerusi akaun akaun yang telah diamanahkan.

Sumbangan para sahabat yang telah kami terima telah kami agihkan kepada 67 keluarga dengan nilai RM200 sekeluarga. Kami amat mengharapkan sumbangan ini berterusan.

InsyaAllah, kami akan manfaatkan sumbangan para sahabat sekalian dengan sebaik mungkin. Doakan kami.....

No comments:

Post a Comment