Wednesday, September 30, 2009

MAHATHIR DAN IBRAHIM ALI SALING MENJILAT - TANDA TANDA KECELARUAN PEMIKIRAN




Selepas membedil Isa Samad, Mahathir menghalakan pula meriam buluhnya ke arah Sammy Vellu. Terkulat kulat Sammy Vellu menangkis serangan Mahathir tu.

Dalam masa yang sama, budak budak Bagan Pinang pula menembak Mahathir secara curi curi menggunakan mercun roket yang bunyi jer kuat tapi ciput jer bingitnya.

Pada aku, lantak koranglah. Itu masalah parti korang. Takde kena mengena dengan aku walaupun aku bersyukur sangat kalau korang sembelih sesama sendiri.

Yang aku marah tu, tak pasal pasal Mahathir yang umur dah tinggal tak berapa hari lagi tu menembak "bunga api kucing" ke arah TG Hj Nik Aziz sebagai membalas serangan mercun bola dan mercun ketupat yang TG Hj Nik Aziz baling ke muka seekor katak yang bernama Ibrahim Ali.

Ibrahim Ali yang terkucil terkejut tu pula dengan penuh selamba membakar bunga api sembur yang banyak asap tu ke arah TG Hj Nik Aziz. Alih alih, asap yang busuk tu menghala ke arah mukanya sendiri gara-gara tiupan angin para bloggers yang sayangkan TG Hj Nik Aziz.

Takper, bloggers akan tetap mempertahankan TG Hj Nik Aziz walaupun orang lain sibuk pertahankan Hassan Ali. Takper...wala'..wala'..wala'.

Itu muqaddimah jer.

Apa yang aku nak ulas nih ada kaitan dengan statement Mahathir yang umur dah pendek tu dalam Mstar. Statement beliau ada kaitan dengan TG Hj Nik Aziz dan spesis binatang yang aku ulas sebelum nih iaitu katak puru spesis Berahim Ali.

Pada aku, ada dua perkara yang menjadi asas statement itu iaitu "TG Hj Nik Aziz perlu bertanggungjawab di atas kemunduran Kelantan" dan "Pemimpin seperti Ibrahim Ali memang sangat diperlukan oleh masyarakat".

Ini ulasan aku. Saper nak bantah, bantahlah. Aku tak halang. Saper nak sokong pun sokonglah. Aku alu alukan.


TG HJ NIK AZIZ PERLU BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEMUNDURAN KELANTAN

Apa alasan Mahathir untuk berkata demikian? Apa hak Mahathir untuk berkata demikian? Saper Mahathir untuk berkata demikian?

Adakah Kelantan semakin mundur selepas PAS mengambil alih pemerintahan negeri tersebut sejak tahun 1990? Atau adakah Kelantan telah berubah wajah sejak tahun 1990?

Jika anda mengatakan Kelantan tetap mundur mahupun semakin mundur sejak ditadbir oleh PAS dengan dikepalai oleh TG Hj Nik Aziz, maka pastilah anda seorang yang gagal menggunakan nikmat penglihatan dengan baik ataupun anda sangat busuk hati sehinggakan bangunan yang bertaburan itu dilihat hanya sebagai busut anai anai.

Tidak perlulah untuk Mahathir memberikan pandangan bodoh itu kerana semua orang tahu apa yang berlaku di Kelantan.

Hanya orang UMNO yang ada mata tapi buta sahaja yang "tak nampak apa apa perubahan" di Kelantan tu.

Hanya orang orang yang sama spesis dengan Berahim Ali jer yang "tak nampak apa apa perubahan" di Kelantan tu.

Hanya Mahathir jer yang "tak nampak apa apa perubahan" di Kelantan tu.

Sedarkah Mahathir itu sebenarnya mencerminkan kegagalan beliau sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi Perdana Menteri?

Ketika PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada tahun 1990, orang tua yang bernama Mahathir nih lah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Perdana Menteri adalah umpama bapa. Menteri Besar pula umpama anak. Manakala, negeri Kelantan pula adalah jasad sang anak.

Adakah layak untuk seorang bapa yang hanya "tahu masuh kelambu dengan ibu" untuk menuduh anaknya sebagai "anak yang gagal" jika jasad anaknya itu dipenuhi nanah dan kudis?

Tanggungjawan siapa untuk menjaga kebajikan anak itu? Bukankah menjadi tanggungjawab si bapa? Mana mungkin si anak dapat berdikari sendiri jika bukan dari tunjuk ajar bapanya?

Kelantan mundur kerana kegagalan Pusat menyalur bantuan yang menjadi hak hak yang sah lagi sahih milik rakyat Kelantan. Itupun jika Kelantan memang betul mundur.

Masalahnya, mundurkah Kelantan? Atau, memang telah menjadi wirid harian puak puak jahanam nih bahawa hanya UMNO boleh bawa pembangunan dan pembangkang tak boleh buat apa apa pun ????!! Ini khurafat yang jelas lagi nyata serta sahih.

Namun, apa yang nak dihairankan. Kelompok "Islam Hadhari" nih memang begitu.

Sedarkah Mahathir bahawa yang terpaksa melacur demi mendapatkan wang bagi membeli baju raya anak anak itu datangnya daripada Pahang? Bukan Kelantan. Jika Kelantan mundur, tentulah datangnya daripada Kelantan.

Sedarkah Mahathir bahawa yang terpaksa makan siput babi itu datangnya daripada Sarawak dan bukannya dari Kelantan. Jika Kelantan mundur, maka tentukah datangnya daripada Kelantan.

Sedarkah Mahathir bahawa suatu ketika dulu beliau pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan? Bukankah segala peruntukkan kewangan daripada kerajaan Pusat disalurkan kepada JPP yang dipantau oleh Ketua Bahagian UMNO?

Ke manakah hilangnya semua peruntukan itu sehinggakan UMNO juga turut gagal membangunkan Kelantan? Adakah diagih agihkan atau dikendurikan oleh puak puak serigala lapar yang dipantau oleh Mahathir selaku Pengerusi Perhubungan ketika itu?

Aku bukan menuduh. Aku hanya melontarkan pandangan jer.

Janganlah meludah ke langit. Takkan itu pun tak reti, kot? Atau, memang Mahathir nih spesis "tua kutuk" yang digambarkan oleh P Ramlee di dalam filemnya? Atau, mungkin juga "orang tua tak sedar diri" yang P Ramlee maksudkan itu adalah Mahathir. Saper tahu, kan? Kena mengaji "tafsir filem" nih.

Kalau Kelantan tu mundur, takkan lah bongok sangat TESCO tu sampai nak buka cawangan di Kelantan?

TESCO nih berniaga. TESCO nih bukan parti politik pun. TESCO hanya akan bukan cawangan di lokasi lokasi yang boleh menghasilkan keuntungan kepada syaraikatnya sahaja.

Bukankah Kelantan telah berada di dalam senarai lokasi menguntungkan sehinggakan TESCO sanggup melabur di sana?

Malah, jualan tunai pada hari pembukaan TESCO di Kelantan sahaja mencecah satu juta RM. Adakah ini membuktikan Kelantan mundur?

Begitu juga dengan PARKSON, GIANT dan yang lain lain. Malah, MOU telah ditandatangi di antara anak syarikat milik kerajaan negeri Kelantan dengan MYDIN bagi mewujudkan MYDIN terbesar di Malaysia di Kelantan.

Kubang Pasu ada apa? Pasaraya mini jer. Jangan tepuk air di dulanglah Mahathir. Kan dah basah muka ko tu.

Adakah Mahathir telah buta matanya sehinggakan gagal memahami semua ini? Atau, adakah sekarang ini beliau telah menjadi ahli kumpulan orang tua berpampers?

Ini bererti, rakyat Kelantan berduit dan bukannya "berwang" (baca sebagai beruang) seperti orang orang UMNO. Usaha sendiri, tak nak. Asyik nak merampas jer.

Sudahlah Mahathir. Lagu pembangunan yang ko nyanyikan tu adalah lagu lama yang sudah tidak diminati oleh sesaper pun. Minda rakyat telah terbuka dan akan terus terbuka. Yang tertutup tu minda ko dengan ahli ahli seneraka ko tu jer.

Bertaubatlah Mahathir. Umur ko kan semakin pendek.....


PEMIMPIN SEPERTI IBRAHIM ALI MEMANG SANGAT DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT

Masyarakat mana yang memerlukan Berahim Ali nih? Masyarakat manusia atau masyarakat syaitan bertopeng manusia?

Masyarakat dah tak perlu Berahim Ali tu. Yang perlu Berahim Ali hanyalah UMNO jer. kalau masyarakat memerlukan Berahim Ali, maka sudah tentulah Berahim Ali telah menang di Pengkalan Pasir dulu.

Beliau bukan sekadar kalah, malah turut hilang wang deposit. Bukan sekadar kalah teruk tetapi kalah dengan penuh memalukan sehinggakan terpaksa mengemis di tepi tangga PAS.

Beliau menang di Pasir Mas pun kerana sokongan penyokong PAS dan bukannya atas kekuatan dan pengaruh beliau sendiri. Semua orang tahu tentang hal ini dan tak perlulah untuk Mahathir yang dah semakin pendek umurnya ini memutarbelitkan fakta yang ada.

Rais Yatim mungkin percaya dengan "hujahan bangang" Mahathir nih tetapi belum tentu anak anak yatim yang lain akan turut mempercayainya.

Mustapha Muhammad maybe akan terpengaruh dengan "hujahan bangang" Mahathir ini tetapi umat Muhammad sudah tentu tidak dapat menerimanya.

Walau saper pun yang cuba untuk cover cover Berahim Ali, rakyat Kelantan tetap tahu dan kenal saper makhluk yang bernama Berahim Ali nih.

Jika UMNO menjungjung Berahim Ali sekali pun, rakyat Kelantan tetap boleh membezakan di antara Berahim Ali dengan manusia yang lain kerana Berahim Ali itu "seperti haiwan ternak yang berkaki empat, malah, lebih teruk daripada itu".

Realitinya, Mahathir dan Berahim Ali saling menjilat.

Ya Allah, Engkau panjangkanlah usia Mahathir jika dengan adanya makhluk Mahathir nih, UMNO makin cepat pupus. Ameen.

3 comments:

  1. woi mahadet aka kuttey, hg tue dah putus haid, lebih baik hg pikiaq macam mana nak jawab soalan dari mungkar & nakir di alam barzakh. apsere.......

    ReplyDelete
  2. Orang macam Mahathir nih mana ingat MATI. Mereka ingat DUNIA jer. Sebab tu mereka mempunyai tingkahlaku dan pemikiran macam dunia nih bapak depa punya.

    ReplyDelete
  3. hati makhluk yg bernama mahadet nie cukup busuk, sama busuk dgn brahim kongkiak.

    ReplyDelete