Thursday, September 17, 2009

SAPER YANG BODOH SANGAT SAMPAI NAK BUNUH KHIR TOYO



Terkejut badak aku dibuatnya bila dapat tahu hal nih. Saper punya kerja nih? Apsal bongok sangat sampai nak dibunuhnya Khir Toyo nih? Main politik apa macam nih? Alamak.....macam mana lah mentaliti makhluk yang rendah IQ dan rendah iman nih.

Hahahahahahaha.....itu pandangan aku versi baru bangun tido. Kat bawah nih pula pandangan aku selepas membasuh muka.

Woi Khir Toyo !!

Yer ker ada orang nak bunuh ko? Atau drama ko jer? Macamlah kitorang tak kenal ko. Dulu, kau dah kencing kitorang dah. Dulu ko cuba perbodohkan kami dengan tempe apabila kulit ko licin dan mulus. Sekarang ko nak buat drama lagi ker?

Ko nih tiap tiap bulan ada drama. Dah meroyan sebab Selangor makin jauh dari cengkaman ko ker?

Secara peribadinya, aku berpandangan surat itu hanyalah helah Khir Toyo untuk alihkan perhatian kita terhadap siasatan SPRM ke atasnya.

Atau mungkin juga untuk menutup kegagalan kerja jahat beliau untuk merampas Selangor menerusi jalan jalan busuk lagi jijik yang pernah dirintis oleh Zambry Kadir.

Walaupun Said Hamdan mungkin tak akan buat kes terhadap Khir Toyo, namun sedikit sebanyak basah jugalah seluar dalam Khir Toyo terkencing kencing kerana tembelang beliau semakin terdedah.

Bila Selangor berjaya direbut oleh Pakatan, Khir Toyo disiasat kerana "kekayaan luar biasanya".

Sekarang Khir Toyo sedang membayangkan jika sekiranya Pakatan berjaya menguasai Pusat selepas PRU Ke 13 nanti. Ffuuhhhhh...boleh ker penjara tu....

Itu yang Khir Toyo meraban dan meroyan macam macam sekarang nih.

Dulu bos SPRM pun macam tu juga. Waktu inkues tengah siasat SPRM, bila nampak macam nak kantoi jer, dan dan dia buat report polis kononnya ada orang hantar surat ugutan nak bunuh dia.

Sekarang Khir Toyo tengah lakonkan semula drama itu.

Said Hamdan tidak pun dibunuh selepas menerima "surat ugutan" itu. Khir Toyo juga akau rasa tak akan diapa-apakan.

Yang aku tahu, yang terbunuh tu Teoh Beng Hock. Said Hamdan dan Khir Toyo, kedua duanya terlibat dalam kes pembunuhan Teoh Beng Hock tidak kira secara langsung atau secara tidak langsung.

Bila diteliti, nampak macam dua dua ekoq nih takut dengan bayang bayang sendiri pula. Ishk....kacau kalau macam nih.

Ibarat orang nak mati, Allah swt akan pertontonkan kepadanya satu demi satu dosa dosanya.

Begitu jugalah orang yang politiknya dah nak mati, dosa dosanya akan terdedah satu persatu. "Dirinya" akan ditelanjangkan satu persatu secara berdepan.

Akhirnya, terdedah lah semuanya.

p/s : Aku baru bercadang nak cutikan blog nih dengan ucapan 'Eid Mubarak tadi tu. Last last, si Khir Toyo nih pula mengganggu persiapan aku untuk balik kampung. So, aku dah batalkan cuti yang aku bagi kepada blog nih.

SAYNOTOMUNAFIQEEN akan tetap online walau bila dan di mana berada.

2 comments:

  1. ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
    ALLAHUAKBAR!
    LAILLAHAILLALLAHUWALLAHUAKBAR!
    ALLAHUAKBAR WA LILLAHILHAMD!

    ..jupe mung di nung...

    ReplyDelete