Monday, September 14, 2009
PAS KETIADAAN CALON ATAU UMNO YANG TIADA CALON
Ada blog UMNO (http://www.umnobaganpinang.blogspot.com/) mendakwa PAS ketiadaan calon yang sesuai untuk dicalonkan di DUN Bagan Pinang sehinggakan terpaksa mengimport Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan untuk bertanding di sana.
Pertama - PAS dah buat keputusan ker untuk mencalonkan Hj Zulkifli Omar? Belum lagi, kan? Yang UMNO Bagan Pinang nak sibuk sibuk nih aperhal dan apersal pulak?
Kedua - Yang kurang calon tu PAS atau UMNO? Kami tidak recycle calon seperti UMNO atas alasan kekurangan atau ketiadaan calon. Kami memilih calon berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dan bukannya berdasarkan saper yang paling rapat dengan kepimpinan.
Ketiga - Jika sekiranya benar PAS mencalonkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai calon PRK DUN Bagan Pinang, bagaimana pula dengan keputusan UMNO Bahagian Telok Kemang yang hanya menjadikan Isa Samad sebagai calon tunggal untuk mewakili UMNO/BN di dalam PRK itu nanti?
Keempat - Memilih calon luar atau memilih calon yang pernah kalah bukanlah asas kukuh untuk mendakwa sesuatu parti itu ketiadaan calon yang sesuai tetapi itu lebih merupakan tuntutan faktor kesesuaian masa dan tempat.
Kelima - Ketiadaan calon lebih membawa erti mencalonkan calon yang bermasalah akibat daripada ketiadaan calon lain. Masalah yang dimaksudkan bukanlah masalah untuk menang tetapi masalah akhlak dan moral calon tersebut.
Contohnya, individu itu sudah sah mengamalkan rasuah tetapi tetap dicalonkan. Itu bukti tiada calon. Sudah sah individu itu kaki betina tapi tetap diangkat juga menjadi calon. Itu juga bukti tiada calon.
Itu hanyalah contoh sahaja. Rasanya UMNO Bagan Pinang boleh faham kot. Lainlah kalau UMNO Bagan Pinang pun lembu macam puak puak Hj Azmir Seksyen 23 juga.
Keenam - Isa Samad kata bekas banduan pun boleh menjadi calon pembangkang dan terbukti boleh memang. Inikan pula dia yang tidak pernah melakukan jenayah.
Nih sekor lagi "otak tepu" tak boleh nak fikir. Anwar menjadi bekas banduan kerana dia dibicarakan secara tidak adil. Maknanya, Anwar "dibanduankan" menerusi suatu proses perbicaraan yang tidak adil.
Berbeza dengan kau yang terang terangan rasuah walaupun SPRM yang "pandai membunuh" itu tidak menyentuh kau.
Bukan soal dihukum atau tidak dihukum. Bukan soal dihukum oleh mahkamah atau oleh parti. Soalnya, mengamalkan atau tidak.
Dalam konteks Anwar, mengamalkan liwat atau tidak. Manakala, dalam konteks Isa Samad pula, mengamalkan rasuah atau tidak.
Itu soalnya. Dihukum atau tidak, itu bukan soal. Boleh jadi terdapat kekhilafan ketika perbicaraan berlangsung.
Soalnya, amal atau tidak. Mustahil berlaku kekhilafan ketika meliwat atau ketika memberi rasuah atau ketika menerima rasuah.
So, janganlah serlahkan kebodohan dan kedunguan anda walaupun anda sememangnya bodoh piang.
p/s : Kepada blog umnobaganpinang. Jangan cabar orang untuk singgah blog kau kalau kau nak tapis komen. Penakut nak mampos.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment