Friday, September 25, 2009

KENYATAAN MEDIA DR HASSAN ALI



KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT.

Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT.

Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan.

Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT.

Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya.

Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan.

Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memelihara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

6 comments:

  1. Aperbenda lah dia ni merepek lagi nih...Ko percaya ker pemburu syahid?? Aku masih terbaca2 lagi kytaan mgkuk2 selangor tu..SMS,nasi kandar, dan khairudin yang beruk2 semuanya..sampai nak kuar pakatan..tuduh pgrusi selcat tak bleh dikritik, kebebasan bersuara, pas tu mcm biasa...wala wala wala... bila dah kelam kabut, baru nak ckp mcm nih...nak komen biar bertempat..biar di ruang tetutup...beruk pyer hasan, beruk iskandar samad dapat nama...beruk2 belaker

    ReplyDelete
  2. Aku ada beberapa soalan untuk Hassan Ali yang budiman tu.

    Pertama - Why tak bangkitkan hal nih dalam mesyuarat Exco?

    Kedua - Why terus jumpa media?

    Ketiga - Why tak ambil iktibar daripada isu arak hari tu?

    Keempat - Why tak sebut soal "maruah" nih masa BALKIS kena soal dengan SELCAT dulu?

    Kelima - Iskandar, Khairuddin dengan Roslan SMS tu membela Hassan Ali atau menjilat Hassan Ali?

    Lu fikirlah sendiri....

    ReplyDelete
  3. emm...menarik difikirkan..

    Kelima - Iskandar, Khairuddin dengan Roslan SMS tu membela Hassan Ali atau menjilat Hassan Ali?

    Wala syeikh..diorg kena wala walaupun hasan ali wat taik...Ataupun istilah TG nik aziz buat sampah...igt lagi tak?? Apa buat sampah menyusahkan...kyataan TG nik aziz menempelak us nasa..
    Nampaknya budaya umno menjilat2 pemimpin dah berjangkit..tapi tak panggil menjilat..dipanggil wala dan thiqah... bhsa arab tapi bhsa melayu jilat dan bodek serta ampu...

    ReplyDelete
  4. Ana terkilan satu jer.

    Masa TG Hj Nik Aziz berbulan bulan kena hentam dan kena fitnah di media siang malam, takde saper pun yang bersuara kecuali kita yang berada di alam maya nih.

    Bermula daripada Presiden sehinggalah AJK Cawangan, takde saper pun keluar kenyataan membela TG Hj Nik Aziz.

    Waktu anak anak anjing kencing poster TG Hj Nik Aziz, TG Presiden dan Ir Hj Khalid Samad, hanya kita di alam maya juga yang bersuara.

    Mana hilang puak puak nih? Puak puak nih nak bela Islam atau nak bela tembolok sendiri?

    Puak puak nih mempertahankan PAS atau mempergunakan PAS untuk kepentingan sendiri?

    Sebab tu ana kata MENJILAT HASSAN ALI dan bukannya MEMBELA HASSAN ALI.

    Maklumlah, 3 stooges nih naik pun sebab dok bergantung di kaki seluar Hassan Ali.

    ReplyDelete
  5. Puak2 ni memang fraksi umno...boneka umno..memang patut TG nik aziz marah...Bela umno dan hentam DAP...keja bodoh inilah yang dilakukan mereka...Masalahnya mereka ini dibela oleh pimpinan tertinggi dgn alasan maruah..bila kita marah diorg kata kita wala pada parti lain..yang diorg tu wala/cenderung/senada dgn umno bleh pulak..

    Ana sebenarnya dulu cenderung dan pro muzakarah..Tapi dah insaf...ana pernah buang gambar TG nik aziz dlm dompet ana...akhirnya ana disedarkan semasa muktamar yang lepas.. nak tahu lebih lanjut baca arr blog ana..kalau rajin arr..

    ReplyDelete
  6. Ana bukan taksub TG Hj Nik Aziz seperti mana yang dituduh oleh orang orang tertentu.

    Ana "tahu" Islam sejak kecil kerana dilahirkan sebagai seorang muslim.

    Ana "kenal" Islam menerusi almarhum Ust Fadhil Nor.

    Ana "faham" Islam menerusi TG Hj Nik Aziz dan Madrasah Rusila.

    Lama juga ana berkampung di Kelantan dan Terengganu semata mata ingin menumpang berkat para ulama di sana sewaktu ana "hilang harapan" dulu.

    Ana takde ilmu tapi ana pantang apabila ada orang "sentuh" TG Hj Nik Aziz.

    Ana tidak akan berada di belakang beliau ketika mana beliau dihina kerana tempat ana adalah di depan beliau.

    Ana sayang TG Hj Nik Aziz. Biarlah orang nak kata ana taksud sekalipun. Ana redha. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete