Thursday, September 10, 2009

KEMATIAN - BERSEDIAKAH KITA?



Setiap yang bernyawa itu pasti mati. Kita semua amat "tahu" bahawa tidak ada manusia yang akan kekal selamanya.

Kita semua tahu kita akan mati. Apa yang kita tidak tahu adalah bila kita akan mati, di mana kita akan mati dan bagaimana kita akan mati. Itu saja.

Segalanya akan menjadi mudah jika kita tahu apa jawapan kepada ketiga tiga soalan tersebut.

Bersediakah kita untuk menerimanya? Ramadhan ini mungkin Ramadhan terakhir buat kita. Siapa tahu? Kita mungkin tidak sempat bertemu Syawal dan 'Idul Fitri.

Amalan kita, bagaimana? Membawa kita ke syurga atau menghumban kita ke neraka?

Ibadah kita, bagaimana? Bernilai di sisi Allah swt atau sia sia belaka?

Niat kita, bagaimana? Kerana Allah swt atau kerana puji pujian manusia di sekeliling kita?

Ya Allah, jadikanlah kami kelompok yang layak untuk menjadi hamba-Mu. Janganlah Engkau jadikan kami dari kelompok yang Engkau murkai.

Ameen Ya Rabb.....

2 comments:

  1. SAYA DOAKAN ENTE CPT BEROLEH KESEMBUHAN, UJIAN DR ALLAH AGAR ENTE DPT MEREHATKAN MINDA DAN JIWA BUAT SEKETIKA...SEMOGA KEMBALI DGN IDEA2 YG LEBIH BERNAS & MENARIK UTK DIKONGSIKAN...SAKIT ADALAH UJIAN ALLAH UTK HAMBA2-NYA...TANDA KASIH DAN SAYANG-NYA...

    ReplyDelete