Friday, September 11, 2009

KENAPA AKU MEMERANGI UMNO - KERANA MUNAFIQ LEBIH BAHAYA BERBANDING KAFIR



Ada pemberi komen blog aku nih memberi komen "Kenapa lebih rela memusuhi saudara seagama yang juga menyembah Allah swt yang sama dan mengikut Rasulullah saw yang sama?".

Maknanya, dia nih nak tanya "Why marah sangat kat UMNO sehingga menyerang UMNO bertubi tubi sedangkan UMNO juga Islam?".

Komen nih muncul selepas Najib secara tetiba mengigau mendakwa UMNO adalah parti Islam sebenar.

Kepada pemberi komen tersebut, ini jawapan aku.

Menyembah Allah swt bukan bererti menunaikan solat 5 waktu atau berpuasa di bulan Ramadhan sahaja. Bukan juga mengeluarkan zakat atau menunaikan haji sahaja.

Menyembah Allah swt bererti menyerah diri kepada Allah swt secara total.

Jika "menyembah Allah swt" itu ditakrifkan sebagai sembahyang 5 waktu sahaja, maka tidak ada bezalah di antara Islam dan yang lain lain.

Solat 5 waktu tak pernah tinggal tetapi tak tutup aurat, bagaimana tu? Solatnya cacat, bukan?

Puasa di bulan Ramadhan tetapi tidak solat, bagaimana tu? Puasanya cacat, bukan?

Mengeluarkan zakat apabila cukup tempoh dan nilainya tetapi menjalankan perniagaan yang haram di sisi Islam, bagaimana tu? Zakatnya cacat, bukan?

Menunaikan haji hampir setiap tahun tetapi tetap tidak berubah perangai dan tingkah lakunya, bagaimana tu? Hajinya cacat, bukan?

Mengucap dua kalimah syahadah tetapi enggan mematuhi hukum hukum Islam, bagaimana tu? Syahadahnya cacat, bukan?

Rukun Islam yang pertama adalah mengucap dua kali syahadah. Jarang difokuskan. Kita lebih kerap dan lebih sering memfokuskan elemen kedua sehingga elemen kelima Rukun Islam berbanding elemen pertama iaitu mengucapkan atau melafazkan kalimah syahadah atau syahadatain.

Kenapa disebut "mengucap kalimah syahadah" atau "melafazkan kalimah syahadah"? Kerana kalimah syahadah itu bukan sekadar disebut di mulut sahaja. Kerana kalimah syahadah itu ada "pakej"nya.

Aapa "pakej"nya? Kepatuhan secara mutlak kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Kepatuhan yang sebagai mana? Kepatuhan dengan cara "iqaamatuddin wa siyasatuddunya bih" atau dalam bahasa Melayunya "menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya".

Kepatuhan kepada Allah swt bukan bererti solat 5 waktu tak tinggal tetapi bererti mematuhi sepenuhnya segala perintah-Nya dan menjauhi sepenuhnya segala larangan-Nya.

Kepatuhan kepada al-Quran bukan bererti tadarus di bulan Ramadhan dan menganjurkan tilawah al-Quran saban tahun tetapi bererti menjadikan al-Quran itu rujukan tertinggi kehidupan.

Kepatuhan kepada Rasulullah saw bukan bererti menganjurkan sambutan Maulidur Rasul saban tahun dan bukan bererti selawat sekuat kuat hati tetapi bererti mengikuti segala nasihat nasihat baginda dan menuruti jalan jalan yang baginda lalui.

Wajib bagi kita menuntut ilmu supaya dapat kita bezakan di antara Islam tulen dan Islam plastik kerana Islam adalah Islam. Bukannya Islam Hadhari.

Islam ini adalah al-Quran dan sunnah. Islam ini adalah penjelasan hukum oleh ulama berpandukan al-Quran dan sunnah. Islam ini adalah nasihat ulama berpandukan al-Quran dan sunnah.

Ulama tidak pernah memutuskan si anu si anu akan ke neraka dan si anu si anu akan ke syurga. Hanya media yang jahil sahaja dengan penuh kemunafikan dan segala kebodohan yang memutar belitkan hukum serta penjelasan.

Ulama hanya menerangkan "jika begini dan begini, adalah perbuatan menuju ke neraka" dan "jika begini dan begini, adalah perbuatan menuju ke syurga".

Itu penjelasan hukum dan bukannya memutuskan hukum.

Apa yang paling penting adalah ILMU dan IMAN supaya kita tidak terpesong seperti sesetengah golongan yang "Islamnya terletak pada mulut pemimpinnya". Maksudnya, Islam kelompok ini adalah apa yang diucapkan oleh suami si Rosmah.

Pedih, kan? Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan itu memang membuatkan "kebatilan" berasa pedih sampai ke sum sum tulang.

10 comments:

  1. haaaaaaaaaaa haaaaaaaaa haiiiiiii,,padan muko ekau yg buek komen BINGAI tu,,,,,,sey sokong sepenuh n3 di atas,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Semoga ilmu ini memberikan manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. Ameen.

    ReplyDelete
  3. apa hak kamu nk menentukan seseorang itu munafik...ingtlah,setiap org yang mengaku dia sempurna dan orang lainnye kafir,munafik,tak kemane akhrnye...ingtlah,islam minannas.kafirminallah...sape2 pon bleh tergolong,tidak kre org y pkai serban,atau y mengaku alim ulama

    ReplyDelete
  4. Kah kah kahhh...

    Patutnya lu kena nangis dulu bila org komen macam tu..

    Takpun lu kena meraung semahu-mahunya...

    Kah kah kahh...

    Lu ada bakat gantikan ayah pin ataupun Kahar.

    Takpun lu gantikan saja tok garu nyanyok mulut longkang Nik najis tu...

    Kah kah kahh..

    Bodo Piang punya blog

    ReplyDelete
  5. salam wahai Pemburu Syahid
    salam Ramadhan sebelum terlewat...

    saye cume nak tanye
    bolehkah pihak saudare mengemukekan dalil2 yg mengatekan Munafiq lebih bahaya dr Kafir

    selain itu
    dgn care apekah pihak saudara boleh melabelkan org2 UMNO ini sebagai golongan Munafik
    dgn care apekah pihak saudara berani melabelkan org2 UMNO ini sebagai golongan syaitan seperti yg terdapat di dalam album ALBUM WAJAH WAJAH SYAITAN MANUSIA

    bolehkah berikan kepada saya sebuah cerite yg menceritekan Nabi Muhammad SAW melabelkan musuh2 kuatnye sbg SEEKOR SYAITAN/IBLIS/DAJJAL
    bolehkah berikan kepada saya sebuah cerite yg menceritekan Nabi Muhammad SAW memberikan jaminan syurge kepade umat2 Islam selain para Sahabat
    selain itu, ingin saye bertanye kepade pihak saudare
    komfemkah saudare masok syurge akhirat nanti
    dalil manekah yang menyokong fakta menyatekan saudare KOMFEM masok syurge
    adekah dgn hanye dalil dr Nik Aziz

    selain itu
    saye ingin bertanye tentang pandangan pihak saudare dr segi keyakinan saudare
    adekah saudare beriman, beribadah n etc didunia ini semate2 mengejar syurge
    x kire lah "surge nik aziz" atau "syurge" ALLAH SWT
    pernahkah saudara mendengar sebuah cerita dimane ade seorang hambe ALLAH
    yg sudah beramal selame 300 tahun tanpe henti
    namun tetap tidak layak masuk ke SYURGE

    diharap pihak saudare dapat memberi jawapan tentang persoalan saye
    agar perbincangan ilmiah kite ini lebih bergune
    INSYALLAH...

    ReplyDelete
  6. yuri..

    1)lalai ketika solat masuk neraka tak?

    2)peminum arak masuk neraka tak?

    3)penzina masuk neraka tak?

    4)bertuhankan nafsu masuk neraka tak?

    5)membunuh orang masuk neraka tak?

    6)derhaka dengan ibubapa masuk neraka tak?

    7)menghina nabi masuk neraka tak?

    8)menghina islam masuk neraka tak?

    banyak lagi laa kesemuanya telah ada diterangkan didalam al-quran.kesimpulannya sesiapa yang menolak ajaran islam iaitu menolak al-quran walaupun secebis ayat maka ia kufur dengan allah.

    tetapi allah memberi jaminan bahawa

    sesungguhnya allah penerima taubat dan jaminan allah adalah benar.

    itupun bagi yang sempat bertaubat..bagaimana yang tidak sempat bertaubat..yakinkah anda orang yang tidak sempat bertaubat akan masuk neraka seperti apa yang allah katakan dalam al-quran.

    percaya tak anda dengan kata-kata allah(al-quran).

    siapa yang layak menerangkan ilmu berkaitan al-quran..pastinya para ulama dan orang yang ahli.bukannya para badut yang naif dan jahil

    1)adakah najib layak mengatakan sesuatu perkara berkaitan hukum-hakam.tentunya tidakkan.. tetapi najib layak menyeru umat manusia membuat kebaikan.

    2)adakah layak najib mengistiharkan malaysia sebagai negara islam tanpa dalil yang benar dan dengan hujah-hujah yang bernas.adakah najib cuba menjadi mahathir yang kedua.secara tergesa-gesa mengistiharkan malaysia sebagai negara islam sebagai usaha untuk meraih sokongan yang semakin pudar.

    saya sokong sekiranya najib mengistiharkan bahawa malaysia adalah negara islam kosmetik ataupun dengan tepat lagi islam kacukan.

    ReplyDelete
  7. Untuk pemberi komen yang "penuh nakal", anda makan cili ker?

    Untuk pemberi komen yang "separuh nakal", insyaAllah, ana akan jawab semua persoalan nakal anta selepas ana betul betul sihat.

    Ingatkan ana jika ana terlupa.

    ReplyDelete
  8. Thanks juga untuk akhi ANON yang tolong jawab tu. InsyaAllah, ijtihad itu ada nilai di sisi Allah swt.

    Hanya ilmu sahaja yang akan menerbitkan faham. Hanya faham sahaja akan menerbitkan amal Islami. Hanya amal Islami akan menerbitkan iman. Hanya iman menatijahkan taqwa. Hanya taqwa membawa ke syurga.

    ReplyDelete
  9. hello yuri apesal soalan ko bodoh sgt. mesti ko nie seekor manusia yg bebal. mengapa ko nie payah nak paham ISLAM, IMAN & EHSAN? ko ader makan benda2 subhah atau haram kot??? ko kene pegi mengaji ilmu agama (mengaji kitab kat tok guru pondok) bukan nya ustaz UMNO mcm harussani mangkok hayun. jange mare yerk.

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah kita mampu membezakan komen berlandaskan ilmu berbanding komen yang menyerlahkan kedunguan.

    InsyaAllah wahai teman teman, kita akan perangi kelompok "yaquluuna ma la yaf'aluon wa yaf'alouna ma la yu'maroun" @ Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa arahan.

    ReplyDelete