Pertama
Islam itu syumul. Apa makna syumul? Lengkap. Apa makna lengkap? Semua ada dan tidak ada yang tiada melainkan ada belaka.
Apabila disebut islam itu syumul, maknanya, di dalam Islam itu terkanduung segala urusan bermula daripada urusan jual beli, kekeluargaan, perundangan, pendidikan, pertahanan, kesihatan dan sebagainya.
Bukti kesyumulan Islam adalah ayat ayat al-Quran itu sendiri.
Ada ayat al-Quran membicarakan soal nikah, cerai dan talak. Maknanya, itu unsur kekeluargaan.
Ada ayat al-Quran membicara soal riba dan menipu timbangan. Maknanya, itu unsur ekonomi.
Ada ayat al-Quran membicarakan soal ilmu dan semua yang berkaitan dengannya. Maknanya, itu unsur pendidikan.
Ada ayat al-Quran membicarakan soal peperangan dan perdamaian. Maknanya, itu unsur keselamatan.
Ada ayat al-Quran membicarakan soal undang undang. Maknanya, itu unsur perundangan dan politik.
Banyak lagi jika mahu disebutkan di sini. Harap maklum, blog ini bukanlah kuliah tafsir untuk mengulas panjang lebar tentang hal ini. Cukup sekadar untuk kita fahami dengan mudah. Itu sahaja.
Apabila budak yang bernama taipingmali nih berkata PAS tidak pernah mengenal tempat dan sentiasa berpolitik sehinggakan ke surau masjid wal musolla pun nak berpolitik sampai ke tahap melupakan soal dosa dan pahala.
Tunjukkan satu ayat al-Quran mahupun pun hadith yang menyebutkan bahawa politik hanya boleh dibincangkan di pentas ceramah dan di DUN serta di Dewan Parlimen sahaja.
Apabila kita mengatakan "tidak boleh berpolitik di dalam masjid mahupun surau ataupun musolla", bagaimana pula dengan bacaan imam ketika solat ketika mana si imam membacakan ayat "potonglah kedua dua tangan pencuri lelaki dan wanita"?
Itu, kan ayat politik? Takkan kita nak suruh si imam jangan baca ayat tersebut? Apabila kita mengambil pendirian untuk mengasingkan politik daripada agama, maknanya kita sebenarnya dalam percubaan untuk mengeluarkan ayat ayat perundangan dan politik daripada al-Quran itu sendiri tanpa kita sedari.
Suka atau tidak suka, mengaku atau menafikan, inilah hakikat yang perlu diakui oleh semua dan insyaAllah orang orang yang beriman baik dari PAS mahupun dari UMNO amat faham mengenainya.
Oleh kerana itu, ramai ulama UMNO memilih untuk mendiamkan diri dalam isu pemisahan politik daripada agama sehinggakan mereka lebih rela menjadi "syaitan syaitan yang bisu".
Kerana apa mereka berdiam diri? Kerana mereka tahu apa natijahnya jika bersuara dalam isu ini. Malangnya, budak taipingmali nih memilih untuk bersuara mengenainya bersandarkan hujah yang penuh dangkal dan jahil. Maka, layaklah untuk budak taipingmali nih menjadi "syaitan syaitan yang bercakap".
Ana bukan menuduh budak taipingmali nih jahil, bodoh serta sesat lagi menyesatkan tetapi kali nih ANA KATA SUNGGUH !!
Kedua
Solat tarawikh itu hanyalah sunat sahaja. Maknanya, jika ditunaikan, ada pahala. Dan jika tidak ditunaikan pun, tidak mengapa. Tidak berdosa pun. Itu hukumnya.
Masalahnya, budak taipingmali nih bercakap bersandarkan hujah " tarawikh tu kan sekali setahun jer, so, kenalah buat baik baik". Hujah jenis apakah ini? Hujah bersandarkan hukum apakah ini?
Ana sangat yakin, hujah ini tidak ada nas sama sekali walaupun diselidiki menerusi Islam Hadhari sekalipun !!
Untuk makluman budak taipingmali, maksud tarawikh adalah kerehatan dan tidak tergesa gesa. Malah, Rasulullah saw sendiri pun berehat sekejap di antara rakaat rakaat tertentu tarawikh baginda.
Jika budak taipingmali mengatakan pelik lagi janggal apabila tarawikh diKIVkan dulu selepas 4 rakaat bagi memberikan laluan kepada tazkirah dan kemudiannya tarawikh itu disambung semula lagi 4 rakaat, maka terserlahlah sudah kejahilan budak taipingmali. Yang pelik dan janggal itu bukanlah amalan tarawikh-tazkirah-tarawikh tetapi yang pelik dan janggal itu adalah budak taipingmali yang jahil lagi menyesatkan.
Seperkara lagi, untuk makluman budak taipingmali, solat sunat tarawikh itu bukanlah wajib didirikan sebaik sahaja tamat solat Isyak. Tidak kisah didirikan pada pukul berapa pun selagi mana tidak masuk waktu Subuh.
Kalau ada masjid atau surau atau musolla nak buat solat tarawikh bermula jam 11 malam pun tidak menjadi masalah.
Maka, apa masalahnya jika tazkirah dulu kemudian barulah diikuti dengan solat sunat tarawikh? Apa masalahnya?
Janganlah bercakap soal hukum jika "kencing pun masih bercabang". Maaf jika kasar tetapi budak taipingmali nih memang sesuai dilantun dengan pelepah kelapa.
Ketiga
Bab tazkirah hanyalah alasan untuk memaki hamun.
Ana nak tahu apakah maki hamun yang telah diluahkan oleh pemberi tazkirah? Jangan hanya menyebut maki hamun tanpa memahami apa sebenarnya maki hamun itu sendiri.
Jika pemberi tazkirah itu memberikan peringatan secara keras, apakah itu memaki hamun namanya?
Jika pemberi tazkirah itu menjadikan manusia sebagai contoh teguran, adakah itu mengata orang namanya?
Wahai budak taipingmali, fahami hukum umpat. Umpatan sebagai mana yang dibolehkan dan umpatan sebagai mana yang ditegah. Teguran kasar sebagai mana yang dibolehkan dan teguran kasar sebagaimana yang ditegah.
Janganlah serlahkan kejahilan anda jika tidak mahu masyarakat mencemuh dan mentertawakan anda.
Keempat
Anda faham apa makna kafir harbi? Tok Guru atau alim ulama mana yang mengajar anda bahawa kafir harbi itu DAP dan kafir zimmi itu komponen Barisan Nasional?
Kafir harbi bererti kelompok yang menentang Islam dan enggan tunduk kepada Islam.
Bukan Islam tidaklah membawa erti penentang Islam. Manakala, tunduk kepada Islam bukanlah membawa erti menganut Islam. Begitu juga, mengucap dua kalimah syahadah bukanlah membawa erti menyokong Islam.
Harbi bererti tidak redha dengan Islam walau apa bangsa sekalipun. Bukannya mesti bangsa bukan Melayu dan bukan bererti Melayu itu terkecuali.
Apa bukti untuk budak taipingmali menuduh DAP sebagai kafir harbi? Apakah tindakan DAP yang melayakkan mereka tergolong dalam kelompok kafir harbi? Nyatakan. Jangan main sedap mulut jer.
Islam akan bekerjasama dengan sesiapa juga jika kerjasama itu memberikan manfaat kepada Islam dari sudut jangka pendek mahupun jangka panjang.
Begitu jugalah, Islam akan memerangi sesiapa juga jika kelompok itu mendatangkan kemudharatan kepada Islam dari sudut jangka pendek mahupun jangka panjang.
Bukan soal DAP atau UMNO atau PKR, soalnya adalah "penentangan terhadap Islam".
Kelima
Tuntutlah ilmu supaya kejahilan tidak menjadi pakaian kita. Kepada budak taipingmali, carilah ilmu supaya anda mampu melepaskan diri anda daripada kegelapan kejahilan yang diasaskan oleh UMNO.
Munafiq jauh lebih bahaya berbanding masyarakat bukan Islam.
Nak marah? Marahlah. Ada aku kesah....
just a silly komen lahh Tuan ooiii,, MANGKOK MANGKOK HAYUN YG 2 EKOR TU DAH TERLALU BANYAK MAKAN TAHI PALAT PEMIMPIN UBN LAHHH TU LAH PASAL MEREKA MACAM TU ,,,,,,,,,,,
ReplyDeleteUlasan ana tu memang untuk budak taipingmali tu tapi manfaatnya adalah untuk semua.
ReplyDeleteWalaupun ana tahu budak taipingmali tu mungkin tak baca pun ulasan ana nih, ana tetap akan jawab supaya tidak ada yang keliru dengan "kesesatan" tersebut.
sokong, itulah kita kena mengaji...mengaji...mengaji. jangan mengaji bab nak menipu, merompak, menyamun plak.
ReplyDeleteTanggungjawab kita adalah untuk mendidik budak budak yang baru baligh macam taipingmali nih.
ReplyDeleteTapi kalau didik pun tak reti reti juga, kita titik jer.
Lepuk sorang sekali kat dahi dia.