Saturday, September 26, 2009

JAWAPAN AKU KEPADA BLOGGER PERAKKUME



Aku amat kurang senang dengan satu artikel "lepas geram", "lepas dendam" dan "provokasi" yang disiarkan oleh blogger PERAKKUME di blog beliau.

Nih artikel yang aku maksudkan.


Dato Hassan dah ada 2 ADUN PAS + 1 ADUN PKR ( P.Kelang)

Sehingga kini, PAS Pusat hanya menyatakan kekesalan terhadap kenyataan PJ PAS Selangor tetapi tiada apa tindakan susulan.

Daripada maklumat 2 ADUN PAS kini telah bersetuju untuk bersama Dato Hassan bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS di Selangor.


Takut sangatkah PAS Pusat untuk mengambil tindakan terhadap Dato Hassan serta 2 lagi ADUN PAS ini. Mengapa tidak paksa saja mereka-mereka ini diminta untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN atau biarkan mereka-mereka ini menjadi ADUN BEBAS...?


Perosak , tiada pendirian , tamak kuasa, jahil Agama.....


Bila berlakunya krisis di Perak, orang PAS lah yang paling kuat maki-hamun Jamal Osman, orang PKR tak ada baiah, tak ada asas Agama..macam-macam lagi.
Sekarang...PJ PAS Selangor sendiri bersama kuncu-kuncunya, apa tak maki-hamun?

Ingat..manusia ni kalau masih belum diuji ALLAH SWT boleh lah cakap macam-macam, dah diuji baru tau macam mana...
Presiden PAS harus buat keputusan segera sebelum nama baik PAS dicemar!!!!!!!


Nih jawapan aku untuk PERAKKUME. Semoga ada kebaikan untuk semua.



Artikel anta nih bersandarkan fakta atau bersandarkan rasa hati dan andaian? Atau sekadar artikel nak lepas geram dan dendam kepada PAS?

Anta hanya menyebutkan "ada maklumat". Hanya itu sumber anta? Secara peribadinya, pada ana, takde bezalah di antara anta dan bloggers pencacai UMNO seperti RBF, taipingmali, Parpukari dan lain lain kerana mereka juga bersumberkan "ada maklumat" seperti anta.

Ok. Kita anggapkan "sangkaan" anta tu betul. Hassan Ali + 2 ADUN PAS + ADUN PKR Pelabuhan Klang akan lompat.

Soalan ana, MEREKA DAH LOMPAT KER?


Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu dihentam teruk sebelum mereka lompat atau selepas mereka lompat?


Rasanya keduan duanya tidak pun dihentam walaupun ura ura mereka nak lompat tu dah diketahui umum.


Begitu juga halnya dengan Hassan Ali and The Gang. Mereka belum lompat walaupun ura ura tu ada.

Jika mereka terus dimakihamun sedangkan "ura ura" itu tidak menjadi kenyataan, bukankah itu dosa kering namanya kerana yang "dimakihamun" itu sebenarnya tidak wujud pun.


Jangan menulis untuk lepas geram kerana kenyataan tetap kenyataan. Itu realiti namanya. Dalam masa yang sama juga janganlah memaksa imaginasi "lompat" untuk menjadi realiti "lompat".

Anda tidak perlu menulis artikel bercorak lepas geram seperti ini. Anda juga tidak perlu "memanaskan" kami agar menghentam Hassan Ali and The Gang kerana analah akan menjadi orang pertama "membungkus" Hassan Ali and The Gang jika sungguh mereka berubah menjadi katak.


Ana menyokong PERINGATAN yang anta berikan kepada TG Presiden PAS tetapi sebelum meminta Presiden PAS melakukan sesuatu untuk mencegah "sumpahan" ke atas Hassan Ali and The Gang ini, anta sepatutnya cermin diri dahulu.

Apa yang Anwar buat untuk cegah Jamaluddin Radzi, Osman Jailu dan Radzi Lunas daripada lompat dahulu?

Adakah Anwar declare apa yang dia nasihatkan kepada mereka? Tidak, bukan? So?


Bukan niat di hati untuk membela Hassan Ali and The Gang tetapi "orang kena tuduh" belum terbukti bersalah selagi mana hakim belum membuat keputusan. Mereka belum menjadi "pesalah" dan masih tidak boleh memenjarakan mereka.
Ertinya, mereka masih belum lompat walaupun ura ura tu ada.

Jadi, Hassan Ali and The Gang sudah bertukar menjadi katak atau belum? Jawapannya, BELUM. So what?



Tidak sampai setengah jam selepas aku tinggalkan komen di blog beliau, PERAKKUME dah reply.

Ini "reply" beliau.


saya bukan lah pandai untuk membuat andaian..tapi begitulah sekarang keadaannya di selangor, kalau sekadar untuk memanaskan badan atau buat cerita dongeng tak perlulah saya menulis di blog...
terima kasih krn singgah di blog saya...


Ini pula jawapan aku kepada "reply" beliau tu.


Menang benar Selangor bermasalah sekarang tetapi bukanlah PR Selangor yang bermasalah. Yang bermasalah itu hanyalah beberapa ekor makhluk perosak sahaja dan makhluk makhluk perosak ini ada dalam PAS, ada dalam PKR dan ada dalam DAP.

Artikel anta bukan membincangkan soal "Selangor bermasalah" tetapi lebih kepada "PAS munafiq".

Nyatakan sumber rujukan anda tentang "maklumat" tersebut supaya anda tidak kelihatan mengigau di siang hari.

Apa sumber anta ?

- cakap cakap di warung?
- blog UMNO?
- media?
- cakap cakap orang politik?
- sumber rasmi?

Walau apa sekalipun sumber anta, MEREKA MASIH DALAM PAKATAN DAN MASIH BELUM LOMPAT. Itu fakta.

3 comments:

  1. brother,

    sebelum lompatlah tindakan perlu diambil. kalau dah lompat macam kat perak tu, nak bertindak apa lagi?

    perkembangan semasa di selangor serta berlatarbelakang pertemuan dgn umno selepas shj pru 12, susahkah nak rumus kebarangkalian yang boleh berlaku?

    sekadar pandangan, hati kecil ini amat bimbang dgn urutan tindakan hassan ali. bab 'pengikut' hassan ali, mungkin iskandar dan khasim boleh bantu.

    ReplyDelete
  2. Perlukah untuk PAS declare setiap tindakan yang diambil bagi menyelesaikan atau menangani "karenah" dua tiga kerat "pimpinan" ini?

    Rasanya tidak semua tindakan perlu didedahkan dan diumumkan.

    Ada perkara yang perlu diumumkan secara terbuka. Ada perkara hanya boleh diberikan clue sahaja. Ada perkara yang hanya boleh diumumkan di peringkat dalaman sahaja. Ada perkara yang hanya perlu diumumkan pada peringkat tertinggi sahaja.

    Etika bepersatuan itu perlu difahami sebaik mungkin.

    Bukan soal menangani atau tidak, soalnya PERAKKUME tanya why orang PAS tak "makihamun" Hassan Ali and The Gang seperti mana orang PAS hentam seteruk teruknya Jamaluddin dan Osman dulu.

    Itu tajuk dan topiknya. Bukannya tajuk "Selangor bermasalah".

    So, aku bagi jawapan yang cukup mudah untuk difahami - SEBAB MEREKA MASIH DALAM PAKATAN DAN KITA TUNGGULAH MEREKA KELUAR DULU. BARULAH KITA "URUSKAN" MEREKA. JAMALUDDIN DAN OSMAN JAILU DIHENTAM SELEPAS MEREKA KELUAR PAKATAN DAN BUKANNYA KETIKA URA URA MEREKA NAK KELUAR PAKATAN.

    Itu saja.

    Soal Hassan Ali and The Gang nak lompat ker nak terjun gaung ker, itu soal lain. Dan, itu juga bukan tajuk perbincangan pada artikel ini.

    Ibarat kata, kita sedang membincangkan tentang resepi terbaik bagi menghasilkan goreng pisang. Yang perlu dibincangkan tentulah soal bahan bahannya sahaja dan bukannya dibincangkan tentang pakaian tukang masak.

    Jika baju seluar tukang masak itupun nak dibincangkan, maka pastilah tajuk dan topik perbincangan itu telah berubah.

    "Yang dibincangkan adalah Khir Toyo Raja Rasuah di Selangor dan bukannya soal ketelusan SELCAT". Dua perkara yang berbeza, bukan?

    ReplyDelete
  3. goreng pisang kat perak tu orang dah menyampah langsung disumpahseranah. bagi free pun orang tak mahu.

    gitu jugalah dlm isu ini. kita tak mahu jadi macam kat perak tu. resepi yang telah dipersetujui "memperkasakan pakatan rakyat". tapi dimasukkan ke dalamnya bahan2 yang merosakkan resepi yang telah dipersetujui yang tidak digemari pembeli. goreng pisang bukan lagi seperti yang diidamkan pembeli. ia sudah mula meloyakan selera. secara langsung pembeli akan lari dan mencari goreng pisang yang mereka idamkan ikut selera mereka.

    wallhu'alam

    ReplyDelete