Thursday, September 3, 2009

AKU TAK MINAT ANWAR IBRAHIM - FULLSTOP - JANGAN TANYA KENAPA



Lepas tadarus tadi Hj Mail tanya aku kenapa aku tak pernah ulas tentang Anwar Ibrahim dalam blog aku. Terkejut juga aku. Tak sangka pula "otai" nih ikuti blog aku.

Hj Mail bukanlah orang pertama yang tanya aku soalan tu. Dah ramai tanya macam tu.

Perbicaraan Anwar ker, ceramah Anwar ker, sidang akhbar Anwar ker, semuanya aku tak minat nak ulas.

Bukan sebab aku marah dengan Anwar. Aku tak marah kerana takde sebab untuk aku marah. Aku terima dan hormat dia sebagai seorang pimpinan Pakatan Rakyat. Malah, aku sebenarnya tak kisah pun siapa Anwar Ibrahim.

Ada, adalah. Takde, takdelah. Bersama Pakatan, bersamalah. Tak bersama Pakatan, tak bersamalah. Bersama UMNO semula, go ahead. Bukannya kami tak pernah lawan Anwar Ibrahim.

Secara peribadinya, pada aku, nothing special about this man. Cuma, suasana politik semasa negara ini membuatkan Anwar Ibrahim menjadi sebahagian daripada armada perang yang kita sertai sekarang.

Itu sajer. Ini pandangan peribadi aku dan takde kena mengena dengan PAS mahupun mana mana ahli PAS.

So, lepas nih jangan pula ada mana mana mangkok hayun yang hentam PAS berpandukan pandangan aku nih. Ini pandangan peribadi aku dan takde kaitan langsung dengan PAS.

Jangan tanya aku lebih lebih "kenapa aku tak minat menulis tentang Anwar Ibrahim" kerana jawapan aku nanti pasti menyakitkan hati sesetengah daripada anda.

p/s : Bermula tahun nih aku akan sambut birthday dua kali setahun. Pertama, untuk hari lahir aku. Kedua, hari lahir "gimik" 16 September. Dosa kering tak sajer jer.

Jangan dipatuk oleh ular yang sama sebanyak dua kali.

10 comments:

  1. wwwibnuazzam.blogspotSeptember 3, 2009 at 2:00 AM

    aku juga tidak berminat tentang anwar

    ReplyDelete
  2. Aik? Aku baru jer buat posting nih. Ko dah comment. Tak tido lagi ker? Tahajjud?

    ReplyDelete
  3. PERJUANGAN PAS BUKAN KERANA INDIVIDU, TETAPI KERANA AGAMA, PAS TDK MEMUJA PEMIMPIN, PEMIMPIN YG BAIK DI TELADANI, PEMIMPIN YG SALAH DISANGGAH...ISLAM TETAP YG UTAMA...

    ReplyDelete
  4. Aku tahu kamu ni mesti percaya Anuar ni memang suka be........g. Sebab tu kamu tak suka dia. Teman hormat sangat pandangan kamu sebab kamu blog pro Pas. Mana ada blog yg pro pas yg berani kata begitu.

    ReplyDelete
  5. Hati-hati dengan AnWar.....

    ReplyDelete
  6. Sama ada anak percayakan Anwar atau tidak, itu soal lain.

    Sama ada Anwar bersalah dalam kesnya, itu juga soal lain.

    Soalnya ana memang tak minat. Itu sahaja.

    Bukan setakat kena hati hati dengan Anwar,malah kena hati hati dengan semua orang termasuk diri kita sendiri kerana semuanya ada kebarangkalian untuk tergelincir dalam perjuangan.

    Yang penting, jangan bersangka buruk.

    ReplyDelete
  7. saya sokong sangat..saya xpernah berminat dengan anwar..
    Hati saya tetap dengan PAS..the only PAS in my heart..
    Saya xkan pernah sokong mana2 kecuali PAS...
    Saya xkan marah kalu org maki PR tapi saya marah kalu org maki PAS tambah2 maki nik aziz..saya sangat marah....

    ReplyDelete