Ini komen Paku Seqepih :-
Sampai kesudah la hangpa akan anti org bukan Islam dan perkauman macam UMNO.
Bila ada PKR dpt imbang pemikiran 'Asobiyah' hangpa kepada politik yang dok ada la ni.
Jika ditakdirkan Anwar masih dalam UMNO sampai la ni, berjuangla hangpa tapi takkan ke mana.
Fikir cara rasional apa kebaikan yang telah kita kecapi setelah wujudnya sistem 2 parti di Malaysia.
Takper. Itu hak dia. Kita demokrasi dan terbuka.
Aku berterima kasih di atas komennya walaupun komennya itu out of context.
Ini pula jawapan aku kepada Paku Seqepih.
Salam ya akhi... Aik? Paku Seqepih ludah ke langit ker? Ada aku condemn sistem dua parti?
Kalau hang kata bukan Islam kenal PAS kerana PKR, cuba hang fikir semula. Why lebih 20 000 orang bukan Islam tak join BN atau DAP atau PKR tetapi sebaliknya mereka join PAS.
Kerana PKR ker? Atau kerana mereka lebih faham PAS tu apa berbanding "fahamnya" PKR tentang PAS?
Aku bukan kata PKR nih teruk, hang tak faham "konteks tulisan". Yang hang faham tu adalah "teks tulisan".
Yang aku maksudkan adalah muhasabah bukannya condemn.
Baca dengan mata hati, beb. Jangan baca dengan emosi. Kalau nak kira emosi, dah lama dah aku ludah kepala sekoq sekoq PKR nih.
Tapi itu emosi dan takde kesudahan jika bertindak atas emosi.
Hang sapa nak kata jika Anwar masih dalam UMNO maka sudah tentulah PAS akan tetap terkontang kanting?
Ambil kelantan sebagai contoh. PAS menang di Kelantan sejak 1990. Waktu tu, Anwar masih di dalam UMNO.
Kami berdiri sendiri di Kelantan sampai hari ni walaupun mentadbir Kelantan dengan majoriti 1 kerusi pada penggal lalu.
Ada kami jatuh? Ada kami dibeli?
Apa yang nak aku sampaikan bukanlah soal saper lead atau saper kuat tetapi soal pengukuhan Pakatan Rakyat.
Apa guna bekerja kuat secara bekerjasama tetapi asyik dikhianati oleh pihak yang sama?
Betul, PKR banyak kerusi tapi saper yang berair jubo bekerja memenangkan Pakatan?
Aku tak membincangkan analisa perbandingan sampai ke tahap itu kerana takde kesudahan untuk berbincang tajuk sedemikian.
Tetapi, aku tak menolak jika ada yang menjual.
Jika hang nak kata dulu pun ada ADUN PAS melompat, hang telitikan sejarah tu.
Waktu tu, ADUN PAS hanya dari PAS dan bukannya bekerjasama dengan parti lain. Maknanya, lompatan ADUN PAS waktu itu tidak mengkhianati semangat kerjasama dengan mana mana parti.
Lompatan itu berbeza dengan lompatan sekarang kerana lompatan sekarang mengkhianati kerjasama.
Betul, lompat tetap lompat tetapi lompat katak dengan lompat kanggaro tak sama walaupun hakikatnya lompat tetap lompat.
Kalau Paku Seqepih kata PAS tak mampu sampai ke tahap sekarang jika tanpa Anwar, hang Allah swt ker untuk menetapkan sedemikian?
Muhasabah bukannya menyanggah. Cermin diri bukannya tepuk air di dulang.
KOMEN GUNA OTAK, TAPI TAK BERSANDARKAN HUKUM ALLAH MEMANG MCM TU, TERLUPA DIA PADA RUKUN IMAN YG PERTAMA...PERCAYA KEPADA ALLAH...DAN LUPA PULA DIA KPD RUKUN IMAN YG KE ENAM...PERCAYA KPD QADA' DAN QADAR ALLAH...INILAH YG JADI BILA FIKIR LOGIK SEMATA...TOLAK FIKIR AGAMA...
ReplyDeleteSesuailah dengan namanya Paku Seqepih tu. Orang menembak, dia pun nak menembak. Tapi, tembak sembrono.
ReplyDeleteTakper. Kita raikan jer pandangan dan pendapat sedara kita tu. Yang penting, dia bukan UMNO. Hopefullly.