Sunday, September 27, 2009

KETUA PEMUDA PAS PUSAT - LEBAI MALANG ATAU OTAK TEPU



Jika benar kenyataan dalam artikel di bawah ini merupakan kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat, maka tunggulah saat di mana Pakatan Rakyat diterima oleh rakyat tetapi PAS akan kehilangan kerusi kerusi miliknya.

Nih artikel yang aku maksudkan.



Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat).

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

Ketika itu Dr. Khir merupakan Menteri Besar Selangor.

Pada 12 November 2007, kerajaan negeri ketika itu pimpinan Dr. Khir menyampaikan hadiah penyapu kepada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama penyapu itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)... membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri," kata Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Nasrudin melahirkan pendiriannya ini ketika banyak pihak menggesa agar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali keluar Pakatan Rakyat negeri itu dan dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian beliau mempertikaikan secara terbuka perjalanan Selcat.

"Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

"Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman," katanya.

"Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya," kata beliau.

Hasan telah melahirkan sokongan kepada pihak yang mengkritik Selcat termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN).

Malah, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri merasakan Hasan tidak wajar menyatakan pandangan sedemikian kerana Selcat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat selepas memenangi pilihan raya umum 2008.


Aku sekadar nak ulas beberapa perkara yang cuba untuk dihujahkan oleh Ust Tantawi.


Pakatan Rakyat akan tumbang apabila kakitangan awam mula membenci pemerintah.

Kakitangan awam yang mana yang akan benci pemerintah di Selangor? Hanya beberapa kerat itu sahaja, kan? Hanya yang macam cacing kepanasan itu sahaja, kan?

Yang nak dibela oleh Islam itu penyamunnya atau mangsa samun?


Jika Ust Tantawi berpandangan bahawa SELCAT tidak wajar melondeh DO sedemikian rupa, bagaimanakah pula perilaku beliau "melondeh" Rohaizat di Permatang Pasir dulu? Bukankah itu juga mencemarkan maruah Rohaizat?
Kenapa perlu double standard begitu?


"Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

Hassan Ali memberikan pandangan berbeza atau Hassan Ali memberikan pandangan membela pihak musuh?

Ok. Perbezaan pandangan. Soalnya, why menerusi media? Kenapa tidak menerusi mesyuarat Exco? Bukankah Hassan Ali seorang Exco? Bukankah beliau boleh jumpa MB Selangor bebila masa yang beliau suka? Bukankah beliau boleh bertemu Teng Chang Kim anytime yang beliau nak?

Beliau bukan menyatakan pandangan yang berbeza tetapi beliau menggunakan media untuk menentang Pakatan di Selangor.

Keceluparan Hassan Ali bukan kali pertama.


"Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri".

SELCAT juga bertujuan demikian.

Adakah Hassan Ali layak untuk bersuara tentang ketelusan dan intergriti sedangkan beliau sendiri tidak telus dan intergritinya semakin dipertikaikan?

Soalnya mudah jer. Adakah perilaku Hassan Ali itu memberikan keuntungan kepada Islam dan politik Islam? Kenapa di saat PAS semakin diterima semua golongan, maka muncullah Hassan Ali untuk menyempitkan penerimaan itu?


"Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman".

Jemaah patut "mendengar" Hassan Ali atau Hassan Ali yang wajib "mendengar" kehendak jemaah?

Dulu, ketika kes arak, jemaah telah "mendengar" Hassan Ali dan Hassan Ali telah berjanji akan "mendengar" jemaah. Kenapa sekarang masih tetap degil dan sombong juga?


"Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya".

Apa wajarnya? Di mana kewajarannya? Rakyat bukan bodoh dan rakyat tidak boleh diperbodohkan. Rakyat membenci Barisan Nasional kerana ketidak telusan Barisan Nasional bukannya kerana penyapu.

Rakyat menolak Barisan Nasional kerana amalan rasuahnya. Kerana kesombongan dan kebongkakan pemimpinnya.

Sekarang, Hassan Ali sedang melalui jalan jalan itu.


p/s : Mana hilang Ketua Pemuda PAS Pusat di saat TG Hj Nik Aziz dihentam di media berbulan bulan dulu? Ust Tantawi, muhasabahlah.......

No comments:

Post a Comment