Friday, September 25, 2009

SINAR HARIAN LAPOR - AKU ULAS - 25 SEPT 2009



Pertama - PAS tiada niat keluar Pakatan (ms N1 dan N6)

Itu apa yang dinyatakan oleh Khairuddin Othman. Beliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor.

Sememangnya PAS tidak mempunyai niat untuk meninggalkan Pakatan baik di negeri Selangor mahupun di Pusat. Yang menjadi masalah bukanlah PAS Selangor tetapi Hassan Ali.

Jadi, janganlah memberi pandangan secara "lari isu" sebegini.

Pakatan di Selangor tidak mempunyai "masalah" dengan PAS Selangor. Begitu juga sebaliknya. Yang bermasalah dengan Pakatan Selangor adalah Hassan Ali.

Yang dicabar meninggalkan Pakatan adalah Hassan Ali. Bukannya PAS Selangor. Jangan cuba untuk mempraktikkan "lidah biawak" seperti mana media.

Yang menjadi isu dan petualang adalah Hassan Ali. Bukannya PAS Selangor. PAS Selangor tidak ada kena mengena dalam kemelut ini walaupun Hassan Ali itu Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jika Khairuddin Othman berpandangan PAS Selangor perlu berdiri di belakang Hassan Ali kerana Hassan Ali adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, kenapa beliau tidak menggunakan pendekatan yang sama ketika mana Mursyid al-'Am dihentam, difitnah dan diperlekeh berbulan bulan di media?

Bukankah itu Mursyid al-'Am PAS? Kenapa Khairuddin Othman tidak bersuara ketika itu? Kenapa perlu double standard?

Pergi jahanam sama daki daki Kerajaan Perpaduan !!


Kedua - Hassan Ali ada hak beri pandangan mengenai SELCAT (ms N1 dan N6)

Betul. Hassan Ali berhak memberikan pandangan berkaitan SELCAT. Pertama, kerana beliau seorang EXCO. Kedua, kerana PAS adalah sebahagian daripada Pakatan di Selangor.

Masalahnya, kenapa ketika SELCAT dicadangkan, dibahaskan dan ditubuhkan dahulu, beliau menyokongnya? Kenapa tidak bersuara ketika itu?

Kenapa beliau tidak bersuara ketika SELCAT menyiasat BALKIS dulu? Kenapa dalam isu "pegawai daerah" ni baru beliau nak bersuara tentang "kemaluan" itu? Adakah kerana BALKIS itu tidak punya "kemaluan" dan "harga diri"?

Ini bukan soal ketelusan dalam memberikan pandangan atau keterbukaan memberikan teguran tetapi ini adalah soal nak "cover line" !!

"Line" apa yang nak dicover? "Line" yang boleh menjadikan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor yang seterusnya.

Hassan Ali yang dulu tetap Hassan Ali yang hari nih. RM RM RM.............


Ketiga - "Tidak ada seorang ahli pun yang berhak melucutkan hak Pesuruhjaya kerana beliau (Hassan Ali) merupakan ketua PAS di Selangor" - Khairuddin Othman (ms N1 dan N6)

Adakah itu bererti selaku Pesuruhjaya PAS Selangor, maka segala galanya benar belaka jika keluar daripada mulutnya mahupun mindanya?

Kedudukan sebagai Pesuruhjaya itu tidak membuatkan Hassan Ali menjadi maksum berbanding ahli bawahan. Kedudukan sebagai Pesuruhjaya itu sebenarnya membuatkan Hassan Ali lebih dekat dengan neraka berbanding ahli bawahan.

Sedarkah Khairuddin Othman bahawa ketaatan kepada manusia adalah ketaatan yang bersyarat dan bukannya ketaatan yang sembrono? Tidak ada ketaatan secara membuta tuli atau secara membabi buta atau secara paksa memaksa dalam jemaah Islam.

Yang ada hanyalah adab melakukan teguran. Malangnya, adab ini hanya dititikberatkan ke atas ahli bawahan yang ingin menegur pimpinan. Bagaimana pula dengan sikap pimpinan? Adakah segala adab yang ada itu hanya untuk kami ahli bawahan? Adakah pimpinan terkecuali dan tidak terikat dengan adab adab itu?

Janganlah asyik menekankan tarbiyyah ke atas ahli bawahan tetapi diri sendiri pun sebenarnya tidak ditarbiyyah secara haraki !!

Faham ker apa erti tarbiyyah haraki?! Tarbiyyah haraki bukan bererti summer camp di Hulu Langat !! Tarbiyyah haraki bukan bererti isi borang PAS !! Tarbiyyah haraki bukan bererti pakai jubah dan serban ataupun memakai kopiah putih !! Tarbiyyah haraki bererti didikan atau asuhan untuk hidup secara satu jemaah supaya wujud wahdatul fikr dan wahdatul amal !!

PAS Selangor gagal dalam membentuk wahdatul fikr dan wahdatul amal !! Kenapa?! Kerana masing masing merasakan pandangan dan diri mereka sahaja yang betul manakala yang lain itu salah dan tidak wala' belaka !!


Keempat - Khir Toyo tidak perlu pecah belahkan Pakatan (ms S5)

Makhluk nih pun satu lagi petualang yang ada di Selangor. Sekolah tinggi tinggi tapi bodoh bertingkat tingkat.

Sepatutnya ko jawab segala apa yang dibangkitkan. Bukannya ko sondol sana sini. Bila aku kata ko GAMPANG dan BEBAL, jap lagi ada banjengan bajengan yang akan menyalak marahkan aku.

Kalau tak nak aku panggil ko GAMPANG dan BEBAL, ko jawablah segala apa yang ko panggil "fitnah" Pakatan ke atas diri ko tu. Bukannya ko menyondol macam babi hutan sondol anak pokok pisang !!

Memang hamlau tahap lahabau puak puak pejuang tembolok nih......

2 comments:

  1. Celaka punyer beruk2 di selangor ni...asyik lindung tuan beruknyer yang curi buah(khir toyo dan may be hasan ali jugak)..emm..aku terpikir jugak mgkin hasan ali ader syer..kenapa pendirian hassan ali dan beberapa beruk2 takder otak tu dikatakan pendirian Pas selangor? Celaru btul arr bila hasan ali wat pas selangor tmpat kroni2 dia...dahlah perangai cam beruk, anak2 buah pun beruk, pastu suruh kita rakyat bawahan contohi beruk..Rujuk iskandar samad beruk dlm blog dia..diorg igt ahli pas selangor ni beruk jugak takder otak?? nak suruh ikut jer?? Wala wala wala...rasa mcm nak koyak2 jer mulut roslan SMS tu...

    ReplyDelete
  2. Itulah masalahnya.

    Bila dah baik dengan Presiden, dah rasa diri macam ulama.

    Bila pegang jawatan dalam PAS, dah rasa diri macam berilmu.

    Bila isi borang PAS, dah rasa diri arif macam ustaz.

    Baru jadi Ketua Pemuda PAS Kawasan, dah rasa macam Ketua Pemuda PAS Pusat.

    Entahlah.

    Ya Allah, jika kelompok ini ada manfaatnya kepada agama-Mu dan perjuangan kami ini, kekalkanlah mereka bersama jemaah ini.

    Namun, Ya Allah, jika kelompok ini hanya membawa jemaah ini menuju kehancuran, nyahkanlah mereka atau Engkau tutupkanlah mulut mulut puaka mereka itu.

    Ameen.

    ReplyDelete