Blog RBF, Parpukari, TaipingMali, PerangBangkit. Semuanya aku ziarah. Bukan nak cari apa sangat pun. Sekadar nak hilangkan boring jer.
Malangnya, blog blog goblog tetap tak berubah. Bukan soal gaya penulisan tetapi soal fakta penulisan.
Gaya penulisan tu aku tak nak nulas sebab puak puak lahabau nih memang menulis gaya budak KEMAS baru belajar buat karangan. Yang aku nak ulas nih adalah fakta dan minda mereka.
Blog goblog yang aku pilih untuk ulas adalah blog RBF yang umum mengetahui berapa goblognya makkluk RBF nih.
Aku baca perkataan demi perkataan tentang "ulasan" beliau berkaitan Qaryah Ramadhan di Kelantan dan tentang kehadiran Tian Chua di sebuah surau di Sentul.
Pada aku, RBF nih takde ilmu tapi nak buat buat serba tahu. Pada makhluk RBF nih, solat hanya boleh dilakukan di masjid dan surau. Barulah itu dinamakan mengimarahkan masjid dan surau.
Aku nak tanya dengan RBF nih, mana lebih utama diantara meramaikan jemaah masjid dan surau atau menghidupkan budaya amalan ibadah? Apa perlunya untuk RBF berasa sakit hati dengan kewujudan Qaryah Ramadhan itu? Apa sebenarnya masalah makhluk goblog RBF nih?
Itu yang pertama.
Yang kedua, isu Tian Chua masuk ke dalam surau. Makhluk RBF nih memang buta sejarah. Telitikan dahulu sirah Rasulullah saw sebelum bercakap. Bukan apa, takut terserlah kebodohan dan kedunguan diri sendiri jer.
Di zaman Rasulullah saw, rombongan Nasrani yang datang menziarahi Rasulullah saw pernah diizinkan bersembahyang mengikut ajaran mereka di dalam Masjidil Haram. Oleh siapa? Oleh PAS? Oleh PKR? Atau oleh Rasulullah saw sendiri? Oleh Rasulullah saw sendiri, bukan?
Kemudian, makhluk goblog nih kata, Islam menjadi punah ranah dan kacau bilau hasil "kerja tangan" PAS dan PKR. Aku rasa macam nak tempeleng jer makhluk RBF nih.
Islam untuk semua. Bukan milik mutlak PAS, bukan milik mutlak UMNO dan bukan juga milik mutlak PKR. Begitu juga, bukan milik mutlak Melayu atau Arab. Islam milik semua.
Apa yang penting adalah rukun rukun yang mendirikan Islam iaitu Rukun Iman, Rukun Islam dan sebagainya.
Mana lebih penting untuk kita fikirkan di antara kehadiran Tian Chua ke dalam surau ataupun keruntuhan akhlak muda mudi Islam akibat daripada perangkap perangkap kerosakan yang disediakan oleh UMNO/BN?
RBF yang goblog ini risau kesucian surau "tergugat" apabila Tian Chua berada di dalamnya. Kononnya, Tian Chua tak pernah mandi hadath. RBF, ko yakin ker pemimpin UMNO tu mandi hadath? Hujah ko langsung tak layak diberikan kredit kerana langsung takde nilai. Hanya standard "minda celah kangkang" jer.
So, tak perlulah nak tunjuk ko prihatin tentang Islam selagi mana Rosmah Mansor masih bertudung kerana tidak ada larangan khusus tentang Qaryah Ramadhan dan kehadiran bukan Islam di masjid mahupun surau tetapi larangan khusus wujud dalam bab menutup aurat.
Lagipun, tidak menjadi suatu dosa apabila Qaryah Ramadhan diwujudkan. Tidak juga menjadi suatu dosa apabila Tian Chua mahupun Ong Tee Keat ataupun Sammy Vellu untuk hadir dan duduk di dalam surau. Namun, menjadi suatu dosa dan segala amalan baik akan terhalang jika tidak menutup aurat.
Buat RBF, Islam mengajar kita patuh kepada perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Islam tidak mengajar kita untuk menjadi jahil tak keruan.
Yang perlu ditentang itu adalah amalan yang menghasilkan dosa serta menghumbankan kita ke neraka. Jika itupun ko tak boleh nak faham, elok ko tutup mulut jer. Jangan dedahkan kejahilan dan ke"butaperut"an ko tu.
Lagi satu, apa cerita tentang "kejayaan" korang nak rampas Selangor? Command Center dah tutup ker? Apsal dah tak berbunyi dah "arahan arahan" bongok korang tu?
Wahai RBF, tuntutlah ilmu supaya ko mampu keluar daripada kegelapan kejahilan yang menyelimuti diri dan minda ko tu.
bro,baca lah blog yang membina minda...blog kertas tandas ni bunag karan je baca
ReplyDeletePada aku, aku perlu baca semua. Baca bukan bererti terima.
ReplyDeleteIbarat macam kita mendalami al-Quran untuk panduan tetapi dalam masa yang sama mendalami Bible untuk mencari kelemahan musuh.
Supaya kita temui di mana letaknya titik kelemahan musuh.