Thursday, September 24, 2009

HASSAN ALI - RAKYAT BUKAN BERUK DAN TIDAK BOLEH DIBERUKKAN



SELCAT : TEGURAN ATAU ‘COVER LINE’?


Dato’ Hasan Ali sekali lagi dipertahankan oleh Exco PAS yang dilantik oleh Pesuruhjaya tanpa menerusi mesyuarat perhubungan. Dakwaannya, teguran Dato’ Hasan Ali itu sebenarnya adalah mainan media UMNO, bukannya satu isu yang besar.


Teguran Dato’ Hasan Ali ini pasti tidak akan menjadi isu jika dilakukan dalam meeting exco. Juga tidak akan menjadi isu jika tidak seirama dan semelodi dengan kenyataan Khir Toyo.


Waimma ia dianggap bukan sebagai isu, tetapi jika dilontarkan di media, menyebabkan ia akan menjadi isu. Ini kerana, setelah dilontar oleh Dato’ Hasan Ali, sudah pasti pihak media akan bertanya komentar dari pihak lain pula, seperti kenyataan Tan Sri Khalid, YB Teng, Mahfuz Omar, Lim Guan Eng dan sebagainya. apabila ditanya, sudah pasti mereka akan memberi jawapan yang tidak sealiran dengan kenyataan Dato’ Hasan Ali.


Lebih menjadi isu, kenyataan ini seiring dan sejalan dengan kenyataan Khir Toyo yang sedang terpalit dengan banyak skandal rasuah dan penyelewengan duit rakyat Selangor. Malah, Selcat itu sendiri banyak membuktikan segala palitan skandal-skandal tersebut.

Ekoran itulah, keikhlasan Dato’ Hasan Ali akan dipersoal; terutama sebelum ini sudah banyak isu-isu yang dikeluarkan kenyataan Dato’ hasan Ali yang ’memanjakan’ UMNO/BN.


Jika teguran dan kritikan itu dilakukan dalam meeting exco, sudah pasti teguran dan kritikan itu dianggap sebagai usaha mengkuatkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi sebaliknya, kebanyakkan pihak - bermula dari bawahan hingga atasan - menganggap bahawa teguran dan kritikan Dato’ Hasan Ali dalam media merupakan tindakan yang melemah kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.


Jika beliau tidak exco, sudah pasti teguran itu tidak menjadi isu. Tetapi memandangkan beliau seorang exco yang berada dalam kerajaan, lantaran itu ia menjadi isu.


Berkenaan dengan wujudnya cadangan dari salah seorang ahli parlimen PAS agar Dato’ hasan Ali tidak lagi menjadi Pesuruhjaya, malah digantikan dengan orang lain?


Itu terserahlah kepada pihak yang berkuasa. Ia sekadar cadangan yang dikemukakan oleh seorang Ahli Parlimen PAS. Jika kita memperjuangkan hak kebebasan bersuara, mengapa dimarah kenyataan Ahli parlimen tersebut.


Yang peliknya, mengapa dicadangkan agar manusia menjadi seperti beruk? Mengapa perlu menjadi beruk yang kononnya pandai memilih buah untuk dipetik. Kan lebih baik menjadi Tuan beruk yang pandai mempergunakan beruk untuk mendapatkan buah?? Bukan sekadar mendapatkan buah, malah ’mengedit’ buah menjadi pelbagai jenis makanan pun boleh, seperti rojak buah, jus buah dan sebagainya.


Yang lebih parahnya, ada pula orang yang berjawatan dalam kerajaan yang sudah menganggap rakyatnya seperti beruk. Justeru, dia ’memberukkan’ rakyatnya untuk mendapatkan ’buah’ yang menguntungkan dirinya, dan kawan-kawannya; juga mahu ’cover line’ demi menyelamatkan ’kawan-kawannya’ daripada terbukti sebagai pencuri ’buah’. Perlu diingat, Rakyat bukan beruk dan tidak boleh 'diberukkan'. Jangan sampai, rakyat pula 'memberukkan' dalam pilihanraya akan datang sudah la....


Sekian


Wallahu ’Alam


p/s : PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


Sri Indah (B), Sg Buloh

24 september 2009 * 11:39 pagi

No comments:

Post a Comment