Tuesday, September 1, 2009

RENUNGAN DAN PERINGATAN BUAT PKR



Yang bergolak tu UMNO tapi yang melompat tu PKR.

Yang nak runtuh tu UMNO tapi yang dimakan anai anai tu PKR.

Yang menuju ke kubur tu UMNO tetapi yang ditalkinkan adalah PKR.

Teori tinggi melangit. Malangnya, gagal mencecah bumi.

Berpijaklah di bumi nyata. Do something to your men supaya PKR terus diyakini.

Jangan hanya pandai bergaya dengan baju berlambang PKR tetapi gagal menjiwai perjuangan.

Jangan hanya berbaju PKR tetapi perangai dan sikap masih seperti "dulu".

Jika tidak, lambat laun PKR akan jadi macam PPP dalam BN. Hidup segan mati tak mahu. Ada tapi macam tak ada.

Bila dah lompat dua ekor di Perak dulu, buatlah langkah berjaga jaga supaya yang lain tidak menjadi katak.

Nih tak, sekali lompat, sekali berbunyi, pastu senyap. Pastu lompat sekali lagi, bunyi lagi, pastu senyap. Nih ada lagi nak lompat, so, do something. Bukannya asyik sebut "kita akan pantau" berulang kali.

Bila berlaku lompatan, maka, keluarlah segala macam "pertuduhan" ke atas katak yang melompat itu. Bukan soal "pertuduhan" itu betul atau salah, soalnya adalah lompatan perlu dicegah.

Lompatan pertama, itu titik pembelajaran. Lompatan kedua, itu titik pengukuhan. Lompatan ketiga, itu titik kelemahan. Jika berlaku lompatan keempat, itu titik kehancuran.

Berhenti "berteori" kerana yang dituntut adalah perlaksaan bukannya teori semata mata.

Pahit, kan? Yang pahit itulah ubat. Pedih, kan? Pedih itulah tanda nak sembuh.

5 comments:

  1. BILA PERJUANGAN TIDAK BERTUNJANGKAN AGAMA, AL-QURAN DAN SUNNAH DIPANDANG SEPI...TIKA ITU MARUAH HANYA LAYAK UNTUK DIPIJAK2...

    ReplyDelete
  2. Lebih malang lagi jika memijak diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Hangpa kena sedaq... klu takdak PKR, PAS la ni dok tang mana pun taktau la..
    Sampai kesudah la hangpa akan anti org bukan Islam dan perkauman macam UMNO.
    Bila ada PKR dpt imbang pemikiran 'Asobiyah' hangpa kepada politik yang dok ada la ni.
    Jika ditakdirkan Anwar masih dalam UMNO sampai la ni, berjuangla hangpa tapi takkan ke mana.
    Fikir cara rasional apa kebaikan yang telah kita kecapi setelah wujudnya sistem 2 parti di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Aik? Paku Seqepih ludah ke langit ker? Aad aku condemn sistem dua parti?

    Kalau hang kata bukan Islam kenal PAS kerana PKR, cuba hang fikir semula. Why lebih 20 000 orang bukan Islam tak join BN atau DAP atau PKR tetapi sebaliknya mereka join PAS.

    Kerana PKR ker? Atau kerana mereka lebih faham PAS tu apa berbanding "fahamnya" PKR tentang PAS?

    Aku bukan kata PKR nih teruk, hang tak faham "konteks tulisan". Yang hang faham tu adalah "teks tulisan".

    Yang aku maksudkan adalah muhasabah bukannya condemn.

    Baca dengan mata hati, beb. Jangan baca dengan emosi. Kalau nak kira emosi, dah lama dah aku ludah kepala sekoq sekoq PKR nih.

    Tapi itu emosi dan takde kesudahan jika bertindak atas emosi.

    Hang sapa nak kata jika Anwar masih dalam UMNO maka sudah tentulah PAS akan tetap terkontang kanting?

    Ambil kelantan sebagai contoh. PAS menang di Kelantan sejak 1990. Waktu tu, Anwar masih di dalam UMNO.

    Kami berdiri sendiri di Kelantan sampai hari ni walaupun mentadbir Kelantan dengan majoriti 1 kerusi pada penggal lalu.

    Ada kami jatuh? Ada kami dibeli?

    Apa yang nak aku sampaikan bukanlah soal saper lead atau saper kuat tetapi soal pengukuhan Pakatan Rakyat.

    Apa guna bekerja kuat secara bekerjasama tetapi asyik dikhianati oleh pihak yang sama?

    Betul, PKR banyak kerusi tapi saper yang berair jubo bekerja memenangkan Pakatan?

    Aku tak membincangkan analisa perbandingan sampai ke tahap itu kerana takde kesudahan untuk berbincang tajuk sedemikian.

    Tetapi, aku tak menolak jika ada yang menjual.

    ReplyDelete
  5. Jika hang nak kata dulu pun ada ADUN PAS melompat, hang telitikan sejarah tu.

    Waktu tu, ADUN PAS hanya dari PAS dan bukannya bekerjasama dengan parti lain. Maknanya, lompatan ADUN PAS waktu itu tidak mengkhianati semangat kerjasama dengan mana mana parti.

    Lompatan itu berbeza dengan lompatan sekarang kerana lompatan sekarang mengkhianati kerjasama.

    Betul, lompat tetap lompat tetapi lompat katak dengan lompat kanggaro tak sama walaupun hakikatnya lompat tetap lompat.

    Kalau Paku Seqepih kata PAS tak mampu sampai ke tahap sekarang jika tanpa Anwar, hang Allah swt ker untuk menetapkan sedemikian?

    Muhasabah bukannya menyanggah. Cermin diri bukannya tepuk air di dulang.

    ReplyDelete